30 April 2009

Jadual Imtihan Tahriri Kuliah Al-Quran

Tahun Empat


Tahun Tiga


Tahun Dua


Tahun Satu



Rasanya sudah jelas jadual tu. Tak perlulah untuk taip satu2 dalam Bahasa Melayu. Apa yang penting? KERJASAMA!! Eh, wonder pets pula. Apa yang penting? Study, doa, tawakal. Semoga kita semua berjaya.

Exam abis 7/6, sminggu lebih ada masa sebelum terbang (tu pun kalau ada seat).
p/s: special thanks to Wak Nazir a.k.a cik ajir 4 captured da foto. n 4 art 4 sponsored da 'miah wa 3asyarah' camera. hehe

Labels:

22 April 2009

Jadual Imtihan Syafawi Kuliah Al-Quran


Tahun Tiga

Tarikh: 6 Mei 2009
(140 pelajar)
Lajnah 1 (1201 - 1235)
Lajnah 2 (1236 - 1270)
Lajnah 3 (1271 - 1305)
Lajnah 4 (1306 - 1340)

Tarikh: 7 Mei 2009
(156 pelajar)
Lajnah 1 (1341 - 1375)
Lajnah 2 (1376 - 1410)
Lajnah 3 (1411 - 1445)
Lajnah 4 (1446 - 1496)

Abd Kadaer Zailani Mohd Ramzi (1485)


Labels:

20 April 2009

Cerita Ringkas

16 April 2009 - Kali pertama aku pegang Nurul Iffah binti Mohd Nor Hafeez, anak sulong rakan sekelas. Aku tidak menjangkan akan menimangnya malam itu, tapi mungkin sudah ditakdirkan untuk kami bersama. Ya, malam itu malam Jumaat. Hehe.

Kebetulan kawan isteri Hafeez yang akan ke UK tak lama lagi juga ada. Tapi bukan bermakna kami berbincang ya. Aku seorang yang pemalu. Hihi. Kalau ada rezeki, sampailah aku ke sana. Tapi aku masih meletak harapan yang tinggi untuk berkhidmat kepada pelajar agama.

19 April 2009 - Aku sengaja untuk bercerita tentang malam ini pada blog. Bukan terus kepada individu. Kerana aku seakan yakin di sana akan ada orang yang akan gembira dengan berita ini. USD 550 telah aku serahkan kepada Nahi, tanda telah bersetuju untuk membeli tiket penerbangan Egypt Air, 24 Jun nanti. Malam itu aku akan bertemankan dua perempuan belum berkahwin - Aisyah Humaira dan Nurul Iffah. Hehe. Alangkah seronoknya kalau Nurul Nuha juga bersama aku.

19 April 2009 - Bapa kepada sahabat sekelas aku di MTAQ, Wan Mohd Firdaus Wan Ibrahim telah kembali ke Rahmatullah. Doakan semoga roh beliau dicucuri rahmat dan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah...

19 April 2009 - Ulangtahun ke-8 aku kemalangan motosikal. Masa tu aku di tingkatan empat. Belum ada lesen lagi, terpaksa guna jalan alternatif. Tapi tidak disangka, kemalangan itu berlaku. Umi abah berada di Terengganu hari itu. Hanya aku dan abang aku berada di rumah. Semua hanya kenangan. :)

20 April 2009 - Hari istimewa untuk abah. Hari ulangtahun kelahiran beliau yang ke-50. Mungkin juga sambutan jubli emas. Alangkah elok kalau aku di Malaysia hari ini.

20 April 2009 juga hari cuti di Mesir. Yaum An-Nasim.

20 April 2009 - Masalah internet yang sangat teruk! Hampir 18 jam tiada sambungan. Tension!

Apa lagi yang ingin dicatatkan? Mungkin pada pertemuan lain hari. Jumpa lagi. Selamat malam.

Labels:

08 April 2009

Hampir 'Kurang'

Aaargghh! Betul-betul tension. Nak itu xleh nk ini xleh, smua xleh. Ngapa aku jd mcm ni? Lbh stgh jam cuba tdo, x lena jgk.

Memekik tgh mlm buta cmni, org kata mcm2 plk. Mjerit kt blog je lh. Bkn menagih simpati, cuma.... (ntah lh)

Ya Allah, bebaskn aku drpd belenggu ini. Aku benar2 lemah. Ya Allah, percepatkanlah jodohku dgn org yg Engkau telah tentukn. Ameen

Bismikallahumma ahya wa amut

Labels:

07 April 2009

Selamat Hari Jadi



6 April, Selamat ulang tahun ke-17 untuk adik aku, amer a.k.a pok abu a.k.a lonely a.k.a Abu Saaid al-Khudri.




7 April, Selamat ulang tahun ke-15 untuk adik Fatin Halwa (harap2 lah tidak salah eja).




Semoga kamu semua dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan taufiq dan hidayah, dimudahkan segala urusan. Ameen.. (Doa untuk kita semua).




Alahai, ni yang kurang best nya. Duk pilih gambar tadi, terasa rindu sangat. Ni yang buat aku tidak sabar nak balik ni. Hehe. Tapi sebelum balik tu ada ape? Ada exammm! Sendiri mau ingat bro!




p/s: Abah tiada dalam gambar, dia solat raya di masjid lain.

Labels:

Template Baru

9.35 malam, 6 April 2009 selesai sudah aku mengubah template (pencontoh) baru. Ah, benda yang benar-benar membosankan! Aku semacam tidak yakin pencontoh baru ini akan kekal lama. Sebabnya semua imej yang ada aku belum pindahkan ke tempat simpanan lain. Photobucket sering ada masalah hosting. (Biasalah barang percuma).

Kali ini aku tidak letak lagi gadjet untuk berYM. Jika ada apa-apa pesanan, boleh tidakkan di kotak Borak Kosong atau terus ke YM aku, abdkadaer.

Walaupun membosankan, tapi aku seronok mengubah pencontoh baharu ini. Terlalu lama aku tidak membaca kod-kod HTML. Memeningkan memang menyeronokkan. (Tapi janganlah sengaja mahu menambah kepeningan aku). Cukuplah apa yang ada.

Asalnya, tajuk setiap posting diwarnakan dengan hijau. Nampak kurang sesuai dengan minat aku. Langsung aku tukarnya. Gambar atas? Oh ya, lupa. Memang sudah ditukar. Tapi aku tetap berterima kasih kepada orang yang telah membina pencontoh ini.

p/s: Rosak bahasa aku
edited: Lepas aku publish, baru jumpa kelemahan dia. Haha. Teruk!

Labels: