30 September 2007

Ubuntu Muslim Edition

Entri kali ini aku tidak menulisnya sendiri. Tapi tertarik hati untuk menyebarkan maklumat ni kepada umum. Miji, sorry kalau aku tak sempat nak minta izin dari kau. Aku pun tengah bersekang mata juga sekarang ni.

Kredit untuk Saudara Tarmizi a.k.a Aviator!

Secara ringkas, Ubuntu Muslim Edition, atau pendeknya UbuntuME, ialah sebuah edaran Linux yang dibina berdasarkan Ubuntu dan disesuaikan sebagai sebuah sistem pengendalian bercirikan Muslim. Ia mula dikeluarkan secara rasmi bersempena kedatangan bulan Ramadan yang diberkati ini. Berikut adalah beberapa cekupan skrin:

1- GNU Boot Loader (GRUB)
GNU Boot Loader (GRUB) yang muncul sebaik sahaja komputer dihidupkan—menggunakan latar belakang Masjid Nabawi di Madinah

2- Paparan masuk DGM

3- Persekitaran UBuntu ME

Lebih daripada sekadar rupa

Ubuntu Muslim Edition adalah pelengkap kepada komputer peribadi seorang Muslim. Berikut adalah antara perisian tambahan yang dipasang:

Kalendar Islam

UbuntuME telah disepadukan dengan kalendar Hijrah Islam. Berapa haribulankah hari ini dalam tarikh Islam?

Web Content Control – Kawal akses Internet

Web Content Control ialah sebuah perisian ringkas yang boleh menyekat tapak-tapak web tertentu daripada dibuka. Perisian ini amat sesuai jika anda tidak mahu ahli keluarga anda menggunakan komputer anda untuk melayari tapak-tapak web yang “tidak berpatutan”, sama ada secara sengaja atau tidak.

Zekr – Perisian Quran sumber terbuka

Zekr ialah sebuah perisian al-Quran yang lengkap. Ia memiliki ciri tafsir dan carian.

Minbar – Pengingat waktu solat

Minbar ialah sebuah perisian waktu solat yang boleh menghitung waktu-waktu solat di seluruh dunia. Anda boleh menetapkannya supaya memainkan suara azan di sistem audio komputer apabila masuk waktu solat. (Kalau boleh azan untuk kejutkan sahur pun bagus juga, hehe.)

Dan, yang paling bagus, Ubuntu Muslim Edition boleh dimuat turun secara percuma melalui alamat http://www.ubuntume.com/.

Kredit untuk Aviator

Labels:

1 Comments:

At 23 November 2007 at 1:27 am , Blogger DeKaN said...

Wow.. amat menarik ubuntu muslim edition nih. tq for da info. :)

 

Post a Comment

<< Home