22 July 2009

Berita Dari Mesir

ibnu_mohtar: ok laa
ibnu_mohtar: aku oyak
ibnu_mohtar: jayid jidan
ibnu_mohtar: hafis samuri
abdkadaer: wah.. j jidan lg
ibnu_mohtar: makbul-pik kl...itek....hafis basir...nabeel
ibnu_mohtar: aah
ibnu_mohtar: mmg dah disangke
ibnu_mohtar: huhu
abdkadaer: tu lh
ibnu_mohtar: tuka kala
ibnu_mohtar: wi laen ckik
abdkadaer: bereh
ibnu_mohtar: aku terus kan
abdkadaer: lagi
ibnu_mohtar: manqul 1
ibnu_mohtar: reda n nehi
ibnu_mohtar: manqul 2
ibnu_mohtar: AD n ise
abdkadaer: ooo
abdkadaer: aku?
abdkadaer: shahir?
ibnu_mohtar: mu n wak 3
ibnu_mohtar: shahir 4

_____

abdkadaer: mu jayid ko gapo
ibnu_mohtar: mm
ibnu_mohtar: aah
abdkadaer: tahniah ah
ibnu_mohtar: TQ
abdkadaer: ore lain?
ibnu_mohtar: al n jis jayid
ibnu_mohtar: umar manqul 2
ibnu_mohtar: hk laen sangkut

_____

ibnu_mohtar: huuhu
ibnu_mohtar: kesimpulan...
ibnu_mohtar: ramai hk sgkut
ibnu_mohtar: sbb qarar kuliah x bg masuk pekso qiraat
abdkadaer: ado lh tu hikmah dio
abdkadaer: suruh ngapa matan sunggoh2
abdkadaer:
ibnu_mohtar: hmm
ibnu_mohtar: ya
ibnu_mohtar: ok dir
ibnu_mohtar: selamat mengajar anak bangsa
abdkadaer: bereh
ibnu_mohtar: kerja mulia
ibnu_mohtar: huhu
abdkadaer: aku tunggu update dr mu
ibnu_mohtar: aku tubik dulu
ibnu_mohtar: bereh2
ibnu_mohtar is typing a message.
ibnu_mohtar: slm alaik
abdkadaer: waalaika salam

Labels:

Ustaz...

1st day aku jadi ustaz tahun ni. Lepas sebulan lebih bina badan kat rumah. Hihi. Pengalaman, mmg byk berbeza dengan MTS Tanah Merah. Kat sana smua prasarana lengkap elok cantik. Berbeza dengan MTS Nipah, ni. Sekolah ni sebenarnya masih lagi status 'menumpang'. Dengan prasarana yang serba kurang, alatan pejabat 'cukup2 makan', dan sebagainya. Tapi aku syukur sb dapat lg keje. Paling kurang, dpt jgk budak2 tasmik dan ikut baca.

Jangan terkejut kalau aku ckp, bangunan tu terlalu usang utk dilabelkan Maahad Tahfiz Sains (buat masa sekarang). Ruang pejabat bersambung dengan bilik guru, bangunan asrama satu blok dengan bangunan sekolah, bangunan skolah berdindingkan papan, ada satu padang bola futsal (yang 'mampu' menampung lebih kurang 100 org). Malas nak detailkan pasal prasarana tu.

Jam 7.32 (kalu tak silap aku) aku sampai ke perkarangan sekolah. Fulamak, mcm artis je rasa masa tu. Haha. Budak2 tgh berhimpun sebagai rutin harian utk baca doa dan Asmaul Husna. Semua duk tgk artis yg baru sampai dengan kereta hitam, DAU 6359 (gabungan tahun kelahiran umi 1963 dan abah 1959).

Park keta, pakai kasut, jumpa ust Yusof. Penyelia bahagian tahfiz kat Maahad Yaakubiah tu (sekolah induk yg kitorang tumpang tapak dia). Aku ditugaskan utk jaga 10org murid kelas 1 Rusydi. Alhamdulillah, smua budak. Hehe. Abis kelas g jumpa cikgu Loh, Penolong Kanan 1 yang kemarin nya cakap nk bg jadual utk aku. Tapi belum siap jgk. Balik ke tempat tahfiz, dan borak2 dengan rakan2 ustaz yang lain (tempat tahfiz tak sama dengan induk, duk asing2). Tempat induk tu ada laki n puan. Katanya aku kena ngaja Balaghah form6. Utk exam STAM. Macam mana tu ye? Hahaha

1.20, masuk kelas form2 sb kena ganti ust Yusof sb dia ada hal. Borak2 n taaruf, kol2 kuar. Solat zohor kt masjid, n balik. Jadual kelas malam dan kelas jumaat sabtu, masih blm dapat. Sama jgk jadual aku kena jd pembantu warden

Balik.

Sampai rumah, org masih kerja. Proses nk siapkan rumah. Paksa jgk sb nak sambut family baru. Hihi. Smua org 'turun padang' tolong2 jgk. Abah ckp, ari ni nk robohkn dinding pagar, org batu pon nk hantar batu jgk. Bata pon sama. Ah, ni lh peluang last aku amik gmbr 'rumah lama'.

Tp perut meronta2 mintak diisi. Makan dulu kenyang2, baru bawak turun kamera. Baru je turun rumah, org bata dh turunkn smua bata2 dia. Tapi kat luar pagar. Aduh, satu keje lagi, kena alihkn bata2 tu masuk dalam. Hoho. Sabar je lh. Naik rumah jap, pahtu turun lg.

Tak lama lps tu, org batu plk sampai. Blm sempat nk snap gmbr pagar tu, dia dh robohkan separuh. Sempat amik yg dah roboh je lh. Takpo, asalkan ada. Hihi. Pahtu..

Ah, lain kali je aku sambung..

20 July 2009

Posting To Do

Sehari dua ni agak byk program aku. Dan aku rasa smua tu perlu utk aku masukkan ke blog sebagai kenangan aku utk dikongsi bersama.

Secara kasar aku akan bgtau beberapa event yang dh belaku tu.
1. Ikut Abah kerja ke Pusat Serenti (dah taip separuh, akan disiapkan secepat mungkin).
2. 24jam bersama Wak Nazir (rakan sekuliah sejak Shoubra lg).
3. Bercuti ke Kg Derdap, Keruak (rumah mak sedara sebelah Umi).

Okeh, utk kali ni aku akan ceritakan apa yang berlaku td. Tak lama lepas sampai rumah, ada org call. Perempuan. Hihi. "Assalamualaikum. Ni Ust. Abd Kadaer ke?"

"Ye saya. Ada apa?"

"Saya org dari YIK. Bila Ust free? Bila boleh datang ke YIK utk amik surat pelantikan mengajar?"

"Saya free je, esok saya g sana."

Lebih kurang cmtu lh dialog td. Sebenarnya panjang lg. Malas nk tulis satu2. Cukup lah sekadar aku ckp, aku akan jadi Ust lagi lps ni. "Ust Abd Kadaer Zailani" guru ganti. Hehe.

Esok pagi aku akan ke pejabat Yayasan Islam Kelantan, dan akan ke MTS Tanah Merah utk urusan gaji yg tertunda.

Hari ni jgk, aku dapat tengok sediri org dah sambung kerja siapkan rumah yg dh lama tergendala. Harap2 lh sempat siap sebelum puasa ni.

p/s: ringkas2 je posting kali ni. belajar menulis lps lama berhenti. hihi

Labels: ,

03 July 2009

On e Way balik cuti 3

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA BAHRAIN

Waktu dijangka berlepas, 8.20 malam waktu Bahrain (sama dengan waktu Mesir – lewat 5 jam dari waktu Malaysia / Brunei). Tak lama lepas terbang dan cabin staff setelkan pape yang patut, dorang datang kasi headset dan menu makanan. Wah, macam best je. Aku lupa nk cakap, makanan dalam Air Bus A340 pun buleh tahan jugak sedapnya. Macam nasi kat restoran Hadra Maut, Nasi Kabsah Daging. Memang puas hati. Terubat juga walaupun datang lambat masa tu.

Menu makan malam aku tak ingat nama apa. Yang pasti, nasi lauk ayam, sayur bendi, kek yang sedap, roti kecil tiga keping, sayur jagung, air minuman. Saje nak panjangkan, gambar nya mmg dah ada pon tu. Hihi. Makan, kenyang, minum, boroi, rehat. Tak lama lepas tu, syau panggil pramugara. Sebab nk cuba yang pasta pulak. Aku cakap kat hakim, nak cuba rasa. Kitorang kongsi separuh sorang. Eeiii~ masam je rasa. Tapi sedap jugak. (sedap rambutan tak sama dengan sedap durian). Hihi. Positif~

Makan dah, minum dah, tambah pun dah. Tak tahu nak buat apa. Boring pulak dah. Nak tgk movie, takde mood. Nak main game lumba keta tu, asyik kalah je. Hihi. Last2 amik penutup mata, zZzzz... Malas nak layan budak bising tu. Sedap je tidur masa tu. Bila dah kapal naik tinggi, gegaran kurang, dapat lah aku tidur selesa. Bising budak tu pun dah tak dengar. Sah2 aku lena amat. Letih satu hari tak lena tidur.

Kadang2 aku tersedar jugak, sambung tengok movie kejap. Den tidur lagi. Bila sedar, hari dah cerah. Dah nampak tanah2 dan laut2. Pemandangan tu memang cantik. Aku amik kamera nak snap, tapi bila on je aku hairan. Rasanya keadaan kat luar dah cerah. Tapi nape screen kamera aku menghitam atas bawah. Aku alih ke tempat lain, masih! Risau habis aku masa tu. Baru ingat takleh on kamera bila dah melebihi had ketinggian. Ada sebut dalam buku panduan, tapi lupa brapa kilometer yang tepat. Terus aku off.

Bila dah agak2 rendah, baru aku on balik. Sempat amik beberapa keping gambar. Tak lama lepas tu, landing, amik selimut, beratur, keluar dari kapal. Satu benda yang agak kecewa, lupa nk bgaya n amik gambar kat 1st class seat. Hihi. Lega, selamat sampai ke KLIA. Alhamdulillah.

Sikit je. takde mood nk taip. Takde mood jgk nk upload gambar. Hihi. m sorryyy

Labels:

20 June 2009

On e Way balik cuti 2


BAHRAIN INTERNATIONAL AIRPORT

Masa transit ni hanya dua jam. Awal tu aku fikir terlalu singkat untuk solat jamak, tandas, dan sebagainya. Seingat aku, transit di Dubai dulu agak kesuntukan masa. Keluar dari kapal, masuk ke tempat pertukaran kapal. Wah, cantiknya dorang punye epot. Tapi aku sengaja malas amik gambar. Hihi. Nanti basi pulak bila nk transit 23 jam nanti.

Aku duk risau dengan selesema babi. Walaupun aku bebas (insya-Allah), tapi tetap ada risau jugak sb belum lepas lagi dr kawasan check tu. Yang buat aku risau jugak, ada sorang tu kena tahan. Bukan Melayu.

Ya, aku jugak terkejut bila sampai ke dewan pertukaran kapal. Rupenya bukan kami ni je yang akan balik mesia. Ramai lagi jemaah umrah yang transit di Bahrain masa tu. Dari apa yang aku dengar, aku agak dorang smua dari Kedah. Transit yang membosankan. Sebab aku sorang je yang kena jaga beg2. Orang lain ke tandas. Takpe lah. Boleh tgk keta Jaguar yang aku bekenan tu. Kali petama aku tengok, dekat dengan HSBC Abbas Aqqad. Hari aku ke rumah Zaidi Basya, ziarah anak barunya.

Siap solat, rehat2 kejap, aku naik ke dewan pertukaran balik. Rehat2 lagi dan tunggu masa nak masuk kapal. Beratur. Masa duk lepak2 ngn syau, dia snap gmbr kitorang. Amik sediri je. Hihi. Dia cakap aku sweet. Hahaha. Terapung aku. Ada satu benda yang buat aku hairan. Macam pelik pon ada. Yang pasti, aku taktau fasal tu. Dengar pengumuman kat epot, drg guna bahasa arab, english, urdu (agaknya). Memang bahasa rasmi jugak ke? Patut lah ramai je org yang macam2 tu. Yang kena tahan tadi pun muka macam2 tu jugak.

Beratur penuh debaran. Mengharap kapal yang akan naik ni tak sama macam dari Mesir ke Bahrain. Hihi. Nanti tak pasal2 kena kutuk kt aku.


PENERBANGAN KE KUALA LUMPUR

Aku tidak pasti apa tujuan Gulf Air buat pintu masuk ke kabin melalui pintu paling depan. Macam nak suruh smua passenger dorang ni jelas. Jujur aku cakap, aku betul2 jeles dengan seat 1st atau bisnes class tu. Tak sama dengan seat Air Bus A340 aku dari Mesir tadi. Perghh.. dia reka seat macam bilik. Aku dah plan nak amik gambar bila kluar nanti. Sekarang org lain pun nak masuk kapal jugak.

Aku cari seat aku. Dah agak aku ni bahagian belakang. No seat aku 61K. 58... 59... 60... 61... Sah, aku yang paling belakang. Aku cakap kat Ceraf, patutlah kita punye tiket harga murah. Rupenye duduk paling belakang. Hehe. No 61 aku dah jumpa, cuma masih mencari seat K. Yang ada cuma 61 I dan 61 J. Ni yang aku sukenya. Harap2 lah ada org lain utk dua2 seat ni. Dan 61 K mmg tak wujud. Tu lah harapan aku (walaupun dah fikir benda tu agak mustahil). Tahu kenapa? Sebab bila berlaku seat bertindan, salah sorang nya akan dipindahkan ke seat yang kosong. Dalam kepala memang dah terbayang cmne syoknya tidur dalam cabin 1st class. Haha, angan2.

Pramugari datang, aku tanya. Dia suruh duduk dulu kat 61 J tu. Alah, boring betul. Haha. Dalam hati aku cakap, “sedar lah diri tu, bayar murah nk barang mahal. Takkan dapat punye.” Hihi. Lepas tu pramugari sambung buat keje. Aku pulak masih menunggu bulan jatuh ke riba. Hihi. Aku pasrah, duduk diam2 tepi tingkap tu.

Sangkaan aku meleset. Tapi aku sangat gumbira. Hihi. Walaupun tak duduk seat paling belakang, takde no seat yang betul, tak dapat duduk kt 1st class cabin, tapi aku hepi sb kapal ni lebih canggih dan selesa daripada flight Singapore Airline yang aku naik tahun lepas. Tu cerita tahun lepas, taktau lah tahun ni cmne. Mungkin lebih canggih, mungkin jugak takde perubahan. Bagi sesapa yang balik ngn Singapore Airline (SQ) tahun ni, boleh lah komen sikit.

Awal2 duduk tu dia dah sediakan satu selimut, bantal, dan satu beg biru kecil. SQ kasi aku selimut, bantal dan juga satu beg plastik. Bezanya, yang Gulf Air (GA) ni letak stoking dan penutup mata untuk tidur (benda ni yang lama aku tunggu). Hihi. Daghak~ (lupa lagi brunei nye ape). Hihi. Tu dari segi kelengkapan asas. Yang sampingan nya pulak, GA ni sediakan untuk semua passenger dia satu screen utk setiap org. (tak macam dalam Air Bus A340 tadi. Aku lupa nak komen fasal tu). Takde istimewa ke dorang letak satu screen utk setiap org? Ada eih.. yang dia letak ni screen yang support wide screen video, plus support touch screen jugak. Tu yang aku sukenye. Tak perlu susah2 nak tarik remote control dia. Nak main game ke, tgk movie ke, dgr lagu ke, semua di hujung jari. Hehe. Masa promo aku promo. Masa kutuk aku kutuk. Adil~

Tapi yang menyampah nya, screen aku tu tak berfungsi lepas aku main game Bejeweled. Lama tunggu, dia restat. Tapi masih takleh guna jugak. Bila dah boring sgt, aku psstt kt pramugari tu. Hihi. Macam nak mengayat je. Aku cakap ‘how to switch on da video?’ Awal tu dia tak dgr. Aku pun sengaja cakap tak kuat. Salah nanti, malu free2 je. Haha. Dia tanya lagi, pahtu cek2 kejap. Dia cakap tunggu kejap, nnt dia reset system video yang aku punye tu. Masa tu bukan main jeles lagi aku tgk 3org kat depan tu main game multi-player. Duk racing keta masa tu. Sabar je lah. Hihi. Ah lupa, 3org member aku duk seat depan. Yang sebelah aku ni India. Suami kepada sorang isteri, anak kepada 2 orang budak yang satu kapal ngn aku jugak. Nasib baik lah budak tu jauh dari aku. Hihi. Takleh bayang lah cmne orang yang duduk depan dia tu. Siap kena tendang2 lagi seat dia. Kesian. Hihihi.

Budak tu satu hal. Kesian mak n bapak dia. Aku macam yakin je bapak dia tension dgn dia. Sebabnya, mak dia je yang layan budak tu. Ayah dia buat dek je. Hahaha. Atau memang bapak macam tu ke? (soalan maut utk aku. Suke la tu~) Hihi. Tapikan, bila bapak dia pegang n pujuk, terus senyap. Saje je bapak dia taknak amik kisah. Hehe. Nak cakap nya, orang laki memang pandai amik hati orang~ Dah, malas nak cerita fasal budak tu lagi. Pramugari pun macam gabra dgn dia. Bekali2 jugak datang tanya mak dia, ape hal ngn budak tu. Yang paling lucunya, ada skali tu bapak dia ugut nak pakaikan seat belt kat dia. Mengamuk habis. Haha. Habis smua benda dia nak campak. Tapi aku dapat jugak belajar dari dia. Hihi. Ada ler~ (Awal tadi dah cakap taknak komen fasal budak tu). Dah, stop~

Bersambung...

Labels: ,

Hang Out Wif Ustaz Musaddiq n Ustaz Azri

Lps asar aku baru nak call balik. Cek hp dah ada 2mc dr sodiq ustazzzz. Satu yang aku sengaja tak jawab (ada hal lah ni.. tidoq) satu lagi masa aku kat bawah dan hp masih charging. Malas nk naik amik.

Dia cakap nk dtg rmh aku lps mgrib. Aku tunggu. Tak terlintas langsung pon dia nk ajak aku lepak2 kat luar. Sambil minum teh, makan keropok, jamah coklat, kitorang borak2 lah. Azri call, ckp nk dtg rumah jugak. Tunggu dia jugak.

Dah elok2 azri sampai, sodiq duk signal2 nk ajak kluar. Aku ckp dia baru je sampai. Rilek lh dlu, pekena teh jugak ke.

Initial DL yang bawak kitorang kuar lepak2. Aku ikut je mana dia nk bawak. Tekejut pon ada mcm tetiba je dia datang nk bawak aku kuar2 makan. Hihi. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Kadang2 makan kena tolak, jgn lupa bkayuh atau blari. Hihihi.

Dia ckp nk makan kat rest Sutera, tapi tutup. Tgk rest Su Tom Yam macam best je, dia park keta n lepak sana je. Wah menu, byk nye. Aku taktau nk pilih yang mana. Ada satu menu yang tertarik hati, 'Nasi Goreng Mek'. Hehe. Macam mana lh rupenye. Tak penah dgr pon masakan cmtu. Last2 aku order Nasi Goreng Paprik, Sup Belut, air teh o limau. Azri Nasi Goreng Kampung, teh tarik. Tuan punye projek, Sup Ekor je. Hihi. Aku je lebih2 order 2 menu. Haha.

Ni satu hal, yang aku tak puas hati. Restoran bukan main besar lg, meja makan siap tambah kawasan kt depan kedai, tapi meja makan takde letak nombor meja. Aku tak kisah dorang nk letak ke tak nombor meja tu. Tapi kena pandai2 lah nk hantar makanan. Kalu sekali je silap hantar, tak kisah sgt sb kawasan tu besar. Yang tak puas hatinya, dua kali buat kesalahan sama. Masa pelayan tu datang ata minuman, kitorang tanya masakan ape yg drg ata td tu. Dia ckp tu 'Kerabu Sotong'. Kitorang ckp, kami takdok order pon.

Yang pelik lagi nya, dah tau makanan tu salah meja, nape taknak amik terus je. Ni duk biarkan kat meja kitorang. Aku tak kisah nak biarkan kat situ, tp kesian lah punye punye menu yang sbenar nya tu. Tak pasal2 lama tunggu.

Nak sedapkan hati, Azri cakap, "yang tadi tu pelayan bahagian minuman." Hihihi, takpo lah. Hati dah sedap. Lama duk borak. Baru sodiq ckp nape ajak makan kat luar. Rupenye segan nak borak2 sebab umi aku ada jugak kat rumah tadi. Hihi. Rupenyee...

Macam biasa, aku paling last siap makan. Hihi. Taktau lah sb mmg slow ke atau sb order byk. No comment. ;p

Bayar, balik, online.

Labels:

17 June 2009

On e Way balik cuti

14 April 2009
PAGI
Letih. Mengantuk. Tapi gembira. Berdebar juga ada. Macam tak banyak barang aku bawa. Ada tertinggal lagi? Harapnya semua sudah masuk kotak. Sarapan dengan 3 sudu indomie, dengan harapan perut tak meragam. Betul, 2 3 hari ni aku sakit perut sangat2. kurang minum air? Mungkin. Tak minum air yang biasa aku minum? Tak tahu, mungkin juga.

Sempat juga aku online untuk beberapa jam yang terakhir sblm meninggalkan Egypt. Sudah semestinya sambil bersiap dan kemas2 barang. Ah, aku tak sempat nk gulung karpet aku. Harap2 lah tikus takde masuk kacau bilik aku.

11.10 PAGI
Van sampai. Aik, rasanya dah janji jam 11.30. Tapi ada bagusnya juga datang awal, dapat susun2 barang lagi, nak wida3 lagi, nak bergambar lagi. Nampak rileks je aku masa ni, tapi hati memang berdebar. Sampai terlupa nak naik wida3 kat atas. Sorry abedin, koha, koyie.

Bertolak ke rumah Syau. Angkat barang, wida3, beli air buat bekal, terus ke epot. Tepat pukul 12 tengah hari kitorang bertolak. Lega, dah on e way dah.

Dalam van sempat jugak aku tertidur. Memang letih. Nak borak2 pun tak semangat.

2.00 PETANG
Wah, cantiknya epot baru. Ni yang aku tak sabar nk masuk. Dah lama aku tunggu nk guna epot ni. Ingatkan tahun lepas aku dah dapat try epot tu. Tapi belum siap. Ngam! Mmg kitorang kena lalu depan terminal 3 tu. Tapi hairan, kenapa van tak nak stop. Ah, rupenye terminal 3 khusus utk penerbangan ke Eropah (aku rasa). Van aku sesat. Hihi. Serius. Ntah, pelik je jalan dia ari tu. Bukan laluan yang sebelum ni.

TERMINAL 2
Ni dia tempat aku. Sob Sob. Sedih. Epot ni juga yang tempat aku. Terminal satu belum cuba lagi. Terminal dua ni lah terminal paling tak cantik (walaupun nama dia lapangan terbang baru).

Macam terharu je rasa bila tengok ada orang datang nak jumpa kitorang kat epot. Sobah, munir, jiji u, munim, abong, mad, lokedi, jiji artis, pudin, (dan sesiapa yang aku lupa - sori). Gang2 ARMA katanya masih on e way. Tengok jam dah agak lewat. Nak tunggu ke tidak. Kitorang tunggu kejap. Pukul 2.15 kitorang masuk n scan barang. Terus ke kaunter untuk daftar masuk (check-in) barang dan amik boarding pass.

Aku fikir orang tak ramai masa aku check-in ni, lebih memberi kelebihan kat aku. Kot2 pakcik makcik yang jaga kaunter tu boleh berlembut hati nak tolong check-in kan barang2 aku terus ke Kota Bharu. Tapi berapa kali aku suruh dia check-in ke KB, tiap kali tu lah dia cakap takleh. Tension betul. Tu ok lagi, yang paling buat aku tak puas hati, beg yang aku plan nak carry dalam kapal pon pakcik tu suruh masuk kargo juga. Dah lah byk barang penting dalam tu. Sijil2, dokumen2, surat2, dan byk lg lah. Kawan aku sorang tu cakap, “alaa, ape susah. Ko bawak je barang tu ke kaunter. Bila nk timbang, ko jangan letak kt penimbang tu. Letak bawah.”

Dah buat cmtu, tapi pakcik tadi masih duk perhati aku juga. Last2, aku bukak beg n kluarkan fail yang ada dokumen2 penting. Masa tu pakcik tu datang dekat n terus cek beg aku. Nyesal pon ada jugak sb buka masa tu. Tak kisah pon dia nk rampas spray deodorant aku. Yang aku kisah nya, dia amik jugak saltip besar aku tu. Takleh salahkan dia jugak, sb mungkin dia syak sesuatu. (Muka baik macam aku pon dia nk syak jugak ke? ehe)

Lepas kuarkan barang tu, aku tutup beg n tolak troli ke kawasan imigresen. Duk risau jugak pakcik tu akan panggil suruh kargokan jugak beg td. Tp buat tak tau je. Alhamdulillah berjaya. Hihi.
IMIGRESEN
Lepas kasi pasport kat pakcik tu, bekali-kali dia belek dari awal hingga akhir. Last2 dia tanya, “bila ko sampai?” aku jawab, “november tahun lepas.” “tapi takde cap pon dalam ni.” “tu pasport baru.” Dia tanya lagi, “mana yang lama?” haa, ni yang aku risau. Aku cakap, “yang lama ada kat rumah.” Hati duk bedebar takut dia taknak lepaskan aku. Tapi alhamdulillah lagi, selamat.

Naik eskalator, terus kejap kawan2 kat depan. Ingat nak jamak taqdim, tapi macam dah tak sempat. Masuk bilik boarding, rehat2 dan layan sms sebelum terbang. Ingat nak call klate, tapi masa dah suntuk untuk tukar simkad.

BILIK BOARDING
Masa duk layan mesej tu, aku betul2 dah tak tahan sakit perut. Sebenarnya dah 2 3 ari aku sakit perut. Dan masa mesej2 tu betul2 puas hati. Dapat kurangkan perut yang sakit ni. Hehe. Lega tapi sengsara. ;p

Sekali ngan gang2 aku juga ada Melayu lain jugak. Dua dari Sarawak, sorang Penang, sorang lagi tak tahu. Aku ingatkan dua orang tu orang spore, tapi salah. Hihi. Aku tak banyak pon borak ngan dorang. Masa tu aku betul2 sakit kepala. Sah2 sebab tension masa nak timbang barang td. Tergesa-gesa dan kalut2. Tak lama lepas tu, aku n gang masuk kapal. Kapal ni tak besar sangat pon. Air bus 340. Yelah, perjalanan pon takde lah lama sangat. 2 jam lebih je.

AIR BUS 340
Patut lah tiket penerbangan ni antara yang paling murah, kapal dia pun dah cacat sana sini. Ada ke patut, kerusi koyak pun dorang taknak repair. Rupenye bukan depan seat aku je macam tu, byk lagi yang koyak macam tu. Memalukan.

Kemudian pramugari datang hantar headset. Aku memang tak berhajat nak bukak plastik dia. Tapi duk baca2, takde pon dia cakap barang tu dah di steril. Harap2 lah dorang dah cuci2 kan smua barang tu. Dalam kepala cuma nak tidur je. Betul2 dah letih n mengantuk. Pahtu pramugari datang nak hidang minuman. “Mango juice.” Tu yang aku cakap. Tetiba aku tgk, dia kuarkan bir carlsberg. “Mango juice please.” Aku kuatkan sikit suara. Macam nak gelak jugak aku masa tu. Lain mintak, lain dikasi. Hihi. Tapi mungkin suara aku perlahan. Selalu~ hihi.

Tiba masa makan tengah hari pulak. Dari jauh lagi aku dah tak tahan2 nak makan. Perut memang lapar sangat. Dari pagi, aku hanya makan 3 sudu indomi, sikit air. Dalam perjalanan ke epot, hanya minum air kosong dan beberapa keping syibsi.

Lebih kurang 5 atau 6 baris depan aku, makanan dalam troli tu habis. Lagi lah aku tak tahan lapar. Tengok2 dia hantar dari belakang pulak. Aduh, jauh nye. Masa makanan tu dah sampai kat Ceraf, skali lagi aku nak gelak. Cawan yang dia dapat tu, dah terputus tangkai dia. Haha. Ape lah punye syarikat penerbangan. Boleh dorang biarkan cawan macam tu dihidang utk penumpang. Alahai~ nasib badan..

Makanan sampai. Aku makan n simpan sebagai kenangan, hehe. Alhamdulillah dah kenyang. Hihi. Hati suka.

Lepas siap makan, rehat2 kejap. Ceraf g tanya pramugari kat mana boleh solat. Dorang smua masuk tandas, aku kat seat tunggu giliran. Lepas wuduk, aku terus ke depan kapal.

Wah, macam ni ke tempat 1st class? Sunyi takde bunyi enjin pon. Tapi kuat bunyi angin je. Memang selesa. Hehe. Seat kosong ada, ingat nak mintak duduk kejap dari Aziz (indonisian yang keje dalam kapal tu). Tapi, aku sedar diri. Hihi. Terus balik ke tempat duduk. Rehat2 lagi, tak lama lepas tu, kitorang selamat landing di Bahrain International Airport. Alhamdulillah.
bersambung...

Labels: ,

05 May 2009

Padlock, Bertukang, Duit LE20

Hari ni aku akan update lagi kisah menarik bagi aku. Hehe. Ada beberapa perkara yg berlaku yg membuat aku tertarikh hati untuk update.

AKU CASH WITHDRAW DUIT DI BANQUE MISR

Petang tu aku mengantuk sgt. Nak tido, aku risau akan jadi macam semalam. Tak mau g bank sb gelap dan sorang. Biar lh, lepas magrib boleh tidur lagi kalau mahu. Kali ni aku keluar pakai kasut (apa nak heran?). Sebenarnya aku malas nk pakai kasut kalau nk jalan dekat2 je. Pakai selipar lagi simple. Biar papa asal bergaya :p Tak tipu! Duit aku dalam poket masa tu tak sampai LE20 pon. Dah lebih seminggu aku ikat perut, tadah air liur (kalau kempunan) hehe. Kesian.

Lepas draw LE620, aku tak terus balik. Singgah di kedai nak beli pengunci pintu dan 'mangga - padlock' sebagai langkah berjaga2. Aku malas nk ceritakan peristiwa2 hitam yang berlaku seminggu dua ni.

DI KEDAI PADLOCK

Yang ni pon satu hal. Nak cakap, taktau istilah mangga dlm bahasa arab. Memang lucu bila sebut 'suq' dengan niat dia akan faham maksud aku tu. Hehe. Memang di suq (pasar) ada mangga. (Aku pasti ada orang akan ketawa). Duk berdialog dengan tokei kedai ni pon satu hal. Aku datang nk beli barang, bukan nk dengar ngko berleter. Menyampah. Macam-macam dia tanya aku. Dah aku memang taktau mangga tu dalam bahasa arab, jangan lah tanya. Yang aku ingat, 'ifn' je.. Tu pun aku tak pasti maksud nya apa. Hehe. Sorry, aku tengah geram masa tu.

Mangga tu aku tak pernah pun beli di Mesir. Mcm mana lah aku nak tahu nama dia. Senang-senang je dia marah.
"Ko ke sini nak buat ape?"
"Aku datang nak belajar la!" Ko sebok apesal? (yang ni ckp dalam hati je)
"Dah kalau ko dtg sini nak belajar, nape yang ni pun ko tak tahu? Mcm mana ko nak lulus imtihan?!"
"Ah, aku tak penah jumpa pon kalimah ni dalam kuliah!" (aku ni blajar qiraat, bukan kejuruteraan!)

Geram betul aku. Mentang-mentang lah aku ni org luar. Suka hati lah nak tau bahasa korang ke tak. Cuba ko merantau tempat aku. Dah sah2 ko tak dapat cakap melayu!

Tu satu hal. Yang satu lagi dia tanya pasal 'Rais' Mesia sekarang. Aku tanya balik, ko nk tahu yang paling baru ke? (Aku dah agak dia hanya kenal Tun Mahathir je). Dia nak tahu yang paling baru.
"PM aku sekarang nama Najib. Nape?"
"Dia bagus tak? Mana lebih bagus; dia atau Mubarak? Ko kenal Mubarak?"
"Mesti lah aku kenal." Belum sempat aku abis jawab, dia sambung lagi.
"Mubarak lah Presiden paling bagus. Lebih bagus dr PM korang. Cuba tengok Mubarak, dia lah yang menjaga satu Mesir ni."
"Haa, dah sah-sah dia ni org peminat buta Mubarak. Dia ni buta ke atau buat2 tak tau? Perang Israel-Palestin baru je lepas. Takkan masih nak cakap Mubarak ni bagus. Ngok betul! (cakap dalam hati je)."

Aku malas nak layan cakap dia, lepas bayar terus aku balik. Aku sengaja tak nak beli paku skrew tu, sebab aku ingat masih ada lagi di rumah. Sampai rumah, rupenya dah abis. Satu je lagi baki. Ah, nmpk gayanya kena jumpa lagi lah arab tu. Otok!

"Aku nak beli paku."
"Paku cmne ko nak?"
"Paku yang utk barang aku tadi."
"Paku macam mana? Banyak jenis paku ada ni."
Dah agak dah, mesti nak kenakan aku lagi ni.
"Ni contoh dia." hehe, nasib baik bawak contoh.
"Ok kejap, yang ni namanya 'Mismar bumah' Brape ko nak?"
"Aku nak untuk paku benda tadi lah. 5 atau 6."
"Nah, amik 5 aku bagi free 1."
Konon nak cakap baik lah tu. Paku 6 batang pon 25sen. Ada ke patut? Biarlah, aku malas nk layan.

BERTUKANG

Hehe, ni pun satu masalah jgk. Aku ingat besi pengepit mangga tu dah ok kalau aku beli yang kecil. Tapi sama jgk masalahnya. Pintu aku tak brape support dengan benda tu. Skali cuba, salah. Silap letak dan susun. Skali cuba lagi, salah juga. Kalau aku teruskan keje masa tu, takde beza lah kunci ke tak. Sb senang je nk buka. Kali ketiga, baru bejaya. Walaupun kurang sempurna. Hehe. Biasa lah, aku bukan belajar kejuruteraan.. :p

DUA [dot] ENAM [dot] TUJUH

Ni lah kemuncak posting aku kali ni. Setiap kali aku draw duit, stiap kali tu lh aku akan cek no siri atau tarikh duit tu dikeluarkan (tarikh yang ada kat situ). Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Walaupon ni mgkn satu kebetulan. "Syu has sodfi ma fi ahla" kata Marwan Khouri dalam lirik Ya Rabb. Alangkah indah nya kebetulan ini.

Kali pertama tgk tarikh duit tu, satu benda yang terlintas. Duit ni yang keluar dulu ke, atau aku yang 'melamar' dulu? Hehe, lain macam je bunyi.. *sengih*


Labels:

30 April 2009

Jadual Imtihan Tahriri Kuliah Al-Quran

Tahun Empat


Tahun Tiga


Tahun Dua


Tahun Satu



Rasanya sudah jelas jadual tu. Tak perlulah untuk taip satu2 dalam Bahasa Melayu. Apa yang penting? KERJASAMA!! Eh, wonder pets pula. Apa yang penting? Study, doa, tawakal. Semoga kita semua berjaya.

Exam abis 7/6, sminggu lebih ada masa sebelum terbang (tu pun kalau ada seat).
p/s: special thanks to Wak Nazir a.k.a cik ajir 4 captured da foto. n 4 art 4 sponsored da 'miah wa 3asyarah' camera. hehe

Labels:

22 April 2009

Jadual Imtihan Syafawi Kuliah Al-Quran


Tahun Tiga

Tarikh: 6 Mei 2009
(140 pelajar)
Lajnah 1 (1201 - 1235)
Lajnah 2 (1236 - 1270)
Lajnah 3 (1271 - 1305)
Lajnah 4 (1306 - 1340)

Tarikh: 7 Mei 2009
(156 pelajar)
Lajnah 1 (1341 - 1375)
Lajnah 2 (1376 - 1410)
Lajnah 3 (1411 - 1445)
Lajnah 4 (1446 - 1496)

Abd Kadaer Zailani Mohd Ramzi (1485)


Labels: