20 April 2009

Cerita Ringkas

16 April 2009 - Kali pertama aku pegang Nurul Iffah binti Mohd Nor Hafeez, anak sulong rakan sekelas. Aku tidak menjangkan akan menimangnya malam itu, tapi mungkin sudah ditakdirkan untuk kami bersama. Ya, malam itu malam Jumaat. Hehe.

Kebetulan kawan isteri Hafeez yang akan ke UK tak lama lagi juga ada. Tapi bukan bermakna kami berbincang ya. Aku seorang yang pemalu. Hihi. Kalau ada rezeki, sampailah aku ke sana. Tapi aku masih meletak harapan yang tinggi untuk berkhidmat kepada pelajar agama.

19 April 2009 - Aku sengaja untuk bercerita tentang malam ini pada blog. Bukan terus kepada individu. Kerana aku seakan yakin di sana akan ada orang yang akan gembira dengan berita ini. USD 550 telah aku serahkan kepada Nahi, tanda telah bersetuju untuk membeli tiket penerbangan Egypt Air, 24 Jun nanti. Malam itu aku akan bertemankan dua perempuan belum berkahwin - Aisyah Humaira dan Nurul Iffah. Hehe. Alangkah seronoknya kalau Nurul Nuha juga bersama aku.

19 April 2009 - Bapa kepada sahabat sekelas aku di MTAQ, Wan Mohd Firdaus Wan Ibrahim telah kembali ke Rahmatullah. Doakan semoga roh beliau dicucuri rahmat dan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah...

19 April 2009 - Ulangtahun ke-8 aku kemalangan motosikal. Masa tu aku di tingkatan empat. Belum ada lesen lagi, terpaksa guna jalan alternatif. Tapi tidak disangka, kemalangan itu berlaku. Umi abah berada di Terengganu hari itu. Hanya aku dan abang aku berada di rumah. Semua hanya kenangan. :)

20 April 2009 - Hari istimewa untuk abah. Hari ulangtahun kelahiran beliau yang ke-50. Mungkin juga sambutan jubli emas. Alangkah elok kalau aku di Malaysia hari ini.

20 April 2009 juga hari cuti di Mesir. Yaum An-Nasim.

20 April 2009 - Masalah internet yang sangat teruk! Hampir 18 jam tiada sambungan. Tension!

Apa lagi yang ingin dicatatkan? Mungkin pada pertemuan lain hari. Jumpa lagi. Selamat malam.

Labels:

3 Comments:

At 21 April 2009 at 6:45 pm , Blogger el-Bamba said...

aisya humaira & nurul nuha tu spa abg? aisya humaira tu anak ise ke? nuha spa plk? (i jeles tau~) ;p

 
At 21 April 2009 at 7:26 pm , Blogger al-Qadiri said...

aisya nurul nuha nurul iffah smua perempuan muda yg 1 fligh ngn abg..

aisyah binti ise
nuha binti nahi
iffah binti hafeez

u jeles? sape srh blk awal.. hihi

 
At 22 April 2009 at 1:53 pm , Blogger el-Bamba said...

hahaha..mnyampah..nk wat cmne..dh org ata i blk,i blk lh..hihi..if i x blk dlu,income i xmsk lg dh..hoho..spa nk byr mkn minum i :-" hikhikhik..

oo nnt blk skli dgn nahi,ise n hafeez lh?

 

Post a Comment

<< Home