07 April 2009

Template Baru

9.35 malam, 6 April 2009 selesai sudah aku mengubah template (pencontoh) baru. Ah, benda yang benar-benar membosankan! Aku semacam tidak yakin pencontoh baru ini akan kekal lama. Sebabnya semua imej yang ada aku belum pindahkan ke tempat simpanan lain. Photobucket sering ada masalah hosting. (Biasalah barang percuma).

Kali ini aku tidak letak lagi gadjet untuk berYM. Jika ada apa-apa pesanan, boleh tidakkan di kotak Borak Kosong atau terus ke YM aku, abdkadaer.

Walaupun membosankan, tapi aku seronok mengubah pencontoh baharu ini. Terlalu lama aku tidak membaca kod-kod HTML. Memeningkan memang menyeronokkan. (Tapi janganlah sengaja mahu menambah kepeningan aku). Cukuplah apa yang ada.

Asalnya, tajuk setiap posting diwarnakan dengan hijau. Nampak kurang sesuai dengan minat aku. Langsung aku tukarnya. Gambar atas? Oh ya, lupa. Memang sudah ditukar. Tapi aku tetap berterima kasih kepada orang yang telah membina pencontoh ini.

p/s: Rosak bahasa aku
edited: Lepas aku publish, baru jumpa kelemahan dia. Haha. Teruk!

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home