23 March 2009

Teka-Teki 2

Setiap tahun pada bulan Ramadan, Rasulullah akan membaca atau tasmi3 di hadapan Malaikat Jibril bagi 'mengemaskini' ayat-ayat yang thabit dengan ayat-ayat mansukh.

Pada Ramadan terakhir dalam hayatnya, Baginda telah membaca sebanyak dua kali di hadapan Jibril. Peristiwa ini dipanggil 3urdhatul Akhirah (Pembentangan Terakhir).

Hanya ayat-ayat yang dibacakan semasa peristiwa tersebut sahaja yang tercatat di dalam musfah yang kita baca sekarang, sedangkan ayat-ayat yang tidak tercatat adalah mansukh.

Ulama berselisih pendapat dalam menyatakan ayat terakhir yang diturunkan, dan paling sahih adalah ayat 281, Surah Al-Baqarah iaitu diturunkan beberapa hari sebelum kewafatan Baginda Sallallahu 3alaihi wasallam pada bulan Rabi3ul Awwal yang berikutnya.

Persoalannya, adakah ayat tersebut dan ayat-ayat yang lain dikira sebagai ayat yang sah sedangkan antara syarat dalam penentuan ayat-ayat al-Quran adalah ayat-ayat yang dibaca semasa Pembentangan Terakhir?

Nota:
1. Terdapat banyak ayat-ayat yang dimansukhkan, antaranya hukum rejam bagi bagi penzina muhson. (Dimansukhkan ayat, tetapi dikekalkan hukum) - Kitab 'Al-Bayan fi Tafsir Ba3dho Ayatil Ahkam, Dr. Usamah Abdul Aziz Basya'

p/s: Memandangkan soalan ini agak mengelirukan (kononnya lah), aku akan menjawab (jika tiada orang menjawab) selepas 3 hari (26 Mac). Insya-Allah


Tahniah kapada - A L - kerana menjawab. Ini hadiahnya.. (gambar sahaja)

Labels: ,

6 Comments:

At 24 March 2009 at 6:50 pm , Anonymous Anonymous said...

Jawapan:

YA.. Ayat-ayat yang diturunkan selepas Pembentangan Terakhir sememangnya dikira sebagai ayat al-Quran.

Sebenarnya tiada perselisihan antara ulama berkenaan ayat yang diturunkan selepas Perbentangan Terakhir kerana semua telah ma'ruf bahawasanya semua ayat yang turun selepas peristiwa tersebut ialah pelengkap kepada al-Quran. Buktinya, tiada lagi ayat Quran yang mansukh selepas pembentangan. Semua adalah thabit.

Manakala ayat yang mansukh semasa pembentangan langsung tidak dikira sebagai ayat al-Quran. Namun hanya dikira sebagai wahyu semata-mata dan tidak boleh dijadikan hukum.

Sekian, wassalam.

- A L -

 
At 24 March 2009 at 7:04 pm , Blogger al-Qadiri said...

tak aci.. hahaha.. u dh tau jawapan lbh dulu dr i lg. tp pis,'Namun hanya dikira sebagai wahyu semata-mata dan tidak boleh dijadikan hukum.
' tak tepat.

sb ayat2 dr qiraat syazah pon ada yg diambil utk buat hukum kn? hukum rejam bg penzina msh kekal walaupun ayatnya telah dinasakh. "asy-syaikhu wasy-syaikhotu iza zanaya fajloduhumal battah" ayat dio.

tambahan je.. 99markah.. ehehehe

 
At 24 March 2009 at 7:06 pm , Blogger al-Qadiri said...

pembetulan.. "asy-syaikhu wasy-syaikhotu iza zanaya fajliduhumal battah"

- Kitab 'Al-Bayan fi Tafsir Ba3dho Ayatil Ahkam, Dr. Usamah Abdul Aziz Basya'

 
At 24 March 2009 at 7:13 pm , Anonymous Anonymous said...

Maksud tidak boleh dijadikan hukum itu ialah segala apa yang telah mansukh tidak boleh diambil begitu sahaja tanpa tahu nasikhnya..

Cth الشيخ والشيخة hanya sebahagian daripada sejumlah ayat mansukh lain. Ulama banyak mengambil ayat mansukh khasnya untuk lebih memahami dari segi pentafsiran ayat. Seterusnya mengeluarkan hukum setelah hubung jalinkan antara nasakh mansukh.

k..;)

- A L -

 
At 24 March 2009 at 7:17 pm , Blogger al-Qadiri said...

Ok, penjelasan difahami. Anda boleh menuntut hadiah di laman utama blog. Hihi

 
At 27 March 2009 at 8:11 am , Blogger el-Bamba said...

paning paning paning..payah ku kan mahami kurapak kmu ahhh..hoho

 

Post a Comment

<< Home