17 June 2009

On e Way balik cuti

14 April 2009
PAGI
Letih. Mengantuk. Tapi gembira. Berdebar juga ada. Macam tak banyak barang aku bawa. Ada tertinggal lagi? Harapnya semua sudah masuk kotak. Sarapan dengan 3 sudu indomie, dengan harapan perut tak meragam. Betul, 2 3 hari ni aku sakit perut sangat2. kurang minum air? Mungkin. Tak minum air yang biasa aku minum? Tak tahu, mungkin juga.

Sempat juga aku online untuk beberapa jam yang terakhir sblm meninggalkan Egypt. Sudah semestinya sambil bersiap dan kemas2 barang. Ah, aku tak sempat nk gulung karpet aku. Harap2 lah tikus takde masuk kacau bilik aku.

11.10 PAGI
Van sampai. Aik, rasanya dah janji jam 11.30. Tapi ada bagusnya juga datang awal, dapat susun2 barang lagi, nak wida3 lagi, nak bergambar lagi. Nampak rileks je aku masa ni, tapi hati memang berdebar. Sampai terlupa nak naik wida3 kat atas. Sorry abedin, koha, koyie.

Bertolak ke rumah Syau. Angkat barang, wida3, beli air buat bekal, terus ke epot. Tepat pukul 12 tengah hari kitorang bertolak. Lega, dah on e way dah.

Dalam van sempat jugak aku tertidur. Memang letih. Nak borak2 pun tak semangat.

2.00 PETANG
Wah, cantiknya epot baru. Ni yang aku tak sabar nk masuk. Dah lama aku tunggu nk guna epot ni. Ingatkan tahun lepas aku dah dapat try epot tu. Tapi belum siap. Ngam! Mmg kitorang kena lalu depan terminal 3 tu. Tapi hairan, kenapa van tak nak stop. Ah, rupenye terminal 3 khusus utk penerbangan ke Eropah (aku rasa). Van aku sesat. Hihi. Serius. Ntah, pelik je jalan dia ari tu. Bukan laluan yang sebelum ni.

TERMINAL 2
Ni dia tempat aku. Sob Sob. Sedih. Epot ni juga yang tempat aku. Terminal satu belum cuba lagi. Terminal dua ni lah terminal paling tak cantik (walaupun nama dia lapangan terbang baru).

Macam terharu je rasa bila tengok ada orang datang nak jumpa kitorang kat epot. Sobah, munir, jiji u, munim, abong, mad, lokedi, jiji artis, pudin, (dan sesiapa yang aku lupa - sori). Gang2 ARMA katanya masih on e way. Tengok jam dah agak lewat. Nak tunggu ke tidak. Kitorang tunggu kejap. Pukul 2.15 kitorang masuk n scan barang. Terus ke kaunter untuk daftar masuk (check-in) barang dan amik boarding pass.

Aku fikir orang tak ramai masa aku check-in ni, lebih memberi kelebihan kat aku. Kot2 pakcik makcik yang jaga kaunter tu boleh berlembut hati nak tolong check-in kan barang2 aku terus ke Kota Bharu. Tapi berapa kali aku suruh dia check-in ke KB, tiap kali tu lah dia cakap takleh. Tension betul. Tu ok lagi, yang paling buat aku tak puas hati, beg yang aku plan nak carry dalam kapal pon pakcik tu suruh masuk kargo juga. Dah lah byk barang penting dalam tu. Sijil2, dokumen2, surat2, dan byk lg lah. Kawan aku sorang tu cakap, “alaa, ape susah. Ko bawak je barang tu ke kaunter. Bila nk timbang, ko jangan letak kt penimbang tu. Letak bawah.”

Dah buat cmtu, tapi pakcik tadi masih duk perhati aku juga. Last2, aku bukak beg n kluarkan fail yang ada dokumen2 penting. Masa tu pakcik tu datang dekat n terus cek beg aku. Nyesal pon ada jugak sb buka masa tu. Tak kisah pon dia nk rampas spray deodorant aku. Yang aku kisah nya, dia amik jugak saltip besar aku tu. Takleh salahkan dia jugak, sb mungkin dia syak sesuatu. (Muka baik macam aku pon dia nk syak jugak ke? ehe)

Lepas kuarkan barang tu, aku tutup beg n tolak troli ke kawasan imigresen. Duk risau jugak pakcik tu akan panggil suruh kargokan jugak beg td. Tp buat tak tau je. Alhamdulillah berjaya. Hihi.
IMIGRESEN
Lepas kasi pasport kat pakcik tu, bekali-kali dia belek dari awal hingga akhir. Last2 dia tanya, “bila ko sampai?” aku jawab, “november tahun lepas.” “tapi takde cap pon dalam ni.” “tu pasport baru.” Dia tanya lagi, “mana yang lama?” haa, ni yang aku risau. Aku cakap, “yang lama ada kat rumah.” Hati duk bedebar takut dia taknak lepaskan aku. Tapi alhamdulillah lagi, selamat.

Naik eskalator, terus kejap kawan2 kat depan. Ingat nak jamak taqdim, tapi macam dah tak sempat. Masuk bilik boarding, rehat2 dan layan sms sebelum terbang. Ingat nak call klate, tapi masa dah suntuk untuk tukar simkad.

BILIK BOARDING
Masa duk layan mesej tu, aku betul2 dah tak tahan sakit perut. Sebenarnya dah 2 3 ari aku sakit perut. Dan masa mesej2 tu betul2 puas hati. Dapat kurangkan perut yang sakit ni. Hehe. Lega tapi sengsara. ;p

Sekali ngan gang2 aku juga ada Melayu lain jugak. Dua dari Sarawak, sorang Penang, sorang lagi tak tahu. Aku ingatkan dua orang tu orang spore, tapi salah. Hihi. Aku tak banyak pon borak ngan dorang. Masa tu aku betul2 sakit kepala. Sah2 sebab tension masa nak timbang barang td. Tergesa-gesa dan kalut2. Tak lama lepas tu, aku n gang masuk kapal. Kapal ni tak besar sangat pon. Air bus 340. Yelah, perjalanan pon takde lah lama sangat. 2 jam lebih je.

AIR BUS 340
Patut lah tiket penerbangan ni antara yang paling murah, kapal dia pun dah cacat sana sini. Ada ke patut, kerusi koyak pun dorang taknak repair. Rupenye bukan depan seat aku je macam tu, byk lagi yang koyak macam tu. Memalukan.

Kemudian pramugari datang hantar headset. Aku memang tak berhajat nak bukak plastik dia. Tapi duk baca2, takde pon dia cakap barang tu dah di steril. Harap2 lah dorang dah cuci2 kan smua barang tu. Dalam kepala cuma nak tidur je. Betul2 dah letih n mengantuk. Pahtu pramugari datang nak hidang minuman. “Mango juice.” Tu yang aku cakap. Tetiba aku tgk, dia kuarkan bir carlsberg. “Mango juice please.” Aku kuatkan sikit suara. Macam nak gelak jugak aku masa tu. Lain mintak, lain dikasi. Hihi. Tapi mungkin suara aku perlahan. Selalu~ hihi.

Tiba masa makan tengah hari pulak. Dari jauh lagi aku dah tak tahan2 nak makan. Perut memang lapar sangat. Dari pagi, aku hanya makan 3 sudu indomi, sikit air. Dalam perjalanan ke epot, hanya minum air kosong dan beberapa keping syibsi.

Lebih kurang 5 atau 6 baris depan aku, makanan dalam troli tu habis. Lagi lah aku tak tahan lapar. Tengok2 dia hantar dari belakang pulak. Aduh, jauh nye. Masa makanan tu dah sampai kat Ceraf, skali lagi aku nak gelak. Cawan yang dia dapat tu, dah terputus tangkai dia. Haha. Ape lah punye syarikat penerbangan. Boleh dorang biarkan cawan macam tu dihidang utk penumpang. Alahai~ nasib badan..

Makanan sampai. Aku makan n simpan sebagai kenangan, hehe. Alhamdulillah dah kenyang. Hihi. Hati suka.

Lepas siap makan, rehat2 kejap. Ceraf g tanya pramugari kat mana boleh solat. Dorang smua masuk tandas, aku kat seat tunggu giliran. Lepas wuduk, aku terus ke depan kapal.

Wah, macam ni ke tempat 1st class? Sunyi takde bunyi enjin pon. Tapi kuat bunyi angin je. Memang selesa. Hehe. Seat kosong ada, ingat nak mintak duduk kejap dari Aziz (indonisian yang keje dalam kapal tu). Tapi, aku sedar diri. Hihi. Terus balik ke tempat duduk. Rehat2 lagi, tak lama lepas tu, kitorang selamat landing di Bahrain International Airport. Alhamdulillah.
bersambung...

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home