30 September 2007

Awan mendung tidak bermakna akan hujan

Kali ini aku cuba membawa pembaca memahami peribahasa baru (mungkin). Sebenarnya ia tidak pernah wujud sebelum ini (mungkin juga) sebab setahu aku, dalam peribahasa Melayu hanya terdapat 'Kusangka cerah sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari'. Satu maksud yang tidak perlu untuk aku huraikan di sini.

Sebenarnya aku berasa 'luga' bila baca tajuk entri ini kerana ia terlalu biasa bagi ahli bahasa. Tetapi tidak bagi aku! Ia cukup memberi makna dan banyak memberi pengajaran.

Ops, aku hampir terlupa untuk menyatakan bahawa sememangnya mendung di Mesir terlalu sukar untuk menjanjikan hujan selepasnya. Sekarang aku bercakap tentang keadaan mendung di tanah air kita. (Satu perenggan yang akan dipotong jika dibahaskan dalam bengkel penulisan!)

Entri ini sebenarnya ada kaitan dengan cerita 'Pokok disiram air' yang pernah aku tulis dalam sebuah komen kepada 'ismi syifa' satu masa dahulu. Walaupun agak bersahaja, tetapi cukup memberi makna.

Pokok, cukuplah kau menanti hujan yang akan menyiram dirimu itu. Janganlah kau terasa terkilan dengan janji-janji manis awan mendung yang tidak akan berhenti 'melamar' dan menabur janji. Sedangkan kamu sendiri sedar!

Kata pokok, "Tetapi aku perlukan air untuk aku memuaskan hati aku dan membahagiakan orang lain. Setidak-tidaknya, orang akan bahagia bila melihat aku sedang berbuah!"

Tetapi pokok, kamu seakan-akan lupa bahawa awan hitam bukan hanya sekelompok. Jangan ditunggu awan yang bermanis mulut dengan kamu, semata-mata kerana ia di atasmu. Masih banyak lagi yang boleh membantu kamu.

Kata pokok, "Haruskah aku menanti? Dan sampai bila? Pada siapa harus aku bersimpati?"

Ya, kamu harus bersimpati! Jangan disimpan harapan hanya kepadanya. Sedang banyak lagi yang sedia membantu.

Kamu ambil telefon bimbit, dan mesejkan sahaja kenalan kamu yang lain. (Ops, tersilap ending cerita)

Sudah, di sana masih banyak mendung yang ingin mencurahkan hujan kepadamu. Yang sentiasa ingin menjagamu agar dapat berbuah dan membahagiakan orang.

-Entri tamat-

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home