19 March 2009

Kelas Malam I - The Arabian Night

Kenapa dengan kelas malam ni? Kenapa aku memilih untuk bercerita hanya tentang malam ini dan bukan sebelumnya? Kenapa aku perlu bercerita? Kenapa dan kenapa.

Buat masa ini, aku sengaja menggantung persoalan itu. Mungkin kerana esok tiada kuliah (cuti Hari Askar - 'Yaum Syurthoh')? Mungkin kerana ingin menarik perhatian pembaca - Salah satu method penglipur lara (engajaran yang kuambil selepas menonton filem 'The Arabian Night')? Semua boleh jadi 'mungkin'. Apa yang pasti, aku sengaja menggantungnya.

Sedikit berkenaan filem Arabian Night, filem yang bagi aku amat membosankan. Pelakon berbangsa Inggeris yang memegang watak bangsa Arab. Pelakon yang tidak dikenali. Tiada aksi yang bolek menarik perhatian. Yang paling membosankan, ia mengambil masa lebih tiga jam untuk menontonnya (tapi aku ambil masa tiga hari untuk tamatkannya). Hehe. Dah namanya membosankan, bukan? Pasti anda bersetuju. Hehe.

Berlatar belakangkan suasana di negara arab, mereka gagal untuk menggambarkan suasana sebenar. Aku tak salahkan Pengarah yang memilih pelakon 'mat saleh' melakonkan filem ini. Tapi aku cukup tidak berpuas hati kerana perkataan yang melambangkan agama Islam terlalu mudah dan remah untuk mereka tuturkan. 'Insya-Allah, Allah yang Maha Berkuasa' dan banyak lagi, terlalu kerap disebut.

Filem ini kalau diperhatikan, seolah-olah lakonan semula karya-karya Allahyarham P. Ramlee selepas beberapa proses pengadaptasian bagi menyesuaikan dengan jalan ceritanya. Karya seperti Tiga Abdul, Laksamana Do Re Mi, Ali Baba dengan 40 Pencuri (kalau tidak salah), dan banyak lagi menjadi penghias filem ini. (Atau karya Allahyarham yang dicedok daripada dongengan Arab? Aku tidak tahu).

Paling tidak memuaskan hati aku dengan filem ini, apabila menonton bahagian pengakhiran cerita. Ah, memang Pengarah tidak tahu macam mana mahu menarik hati penonton! Dan aku berasa filem ini dah berjaya membazirkan lebih tiga jam masa aku untuknya. Aku berasa cukup berbaloi dengan menyatakan ketidakpuasan hati aku dengan mengutuk cerita yang tiada moral ini. Hehe. Aku perlu mengkritik kerana aku berhak (sebagai penonton). Hihi.

Anda juga berhak mengkritik posting ini kerana blog ini bukan hanya untuk aku!

p/s: Filem pertama yang aku kritik. Jadi kalau ada bahagian yang perlu ditambah atau dibuang, aku amat berbesar hati untuk dikritik.

* Tapi kenapa tajuk posting ini 'Kelas Malam'?
* Maaf tidak dapat sediakan ss sebab dah didelete

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home