23 March 2009

Teka-Teki 2

Setiap tahun pada bulan Ramadan, Rasulullah akan membaca atau tasmi3 di hadapan Malaikat Jibril bagi 'mengemaskini' ayat-ayat yang thabit dengan ayat-ayat mansukh.

Pada Ramadan terakhir dalam hayatnya, Baginda telah membaca sebanyak dua kali di hadapan Jibril. Peristiwa ini dipanggil 3urdhatul Akhirah (Pembentangan Terakhir).

Hanya ayat-ayat yang dibacakan semasa peristiwa tersebut sahaja yang tercatat di dalam musfah yang kita baca sekarang, sedangkan ayat-ayat yang tidak tercatat adalah mansukh.

Ulama berselisih pendapat dalam menyatakan ayat terakhir yang diturunkan, dan paling sahih adalah ayat 281, Surah Al-Baqarah iaitu diturunkan beberapa hari sebelum kewafatan Baginda Sallallahu 3alaihi wasallam pada bulan Rabi3ul Awwal yang berikutnya.

Persoalannya, adakah ayat tersebut dan ayat-ayat yang lain dikira sebagai ayat yang sah sedangkan antara syarat dalam penentuan ayat-ayat al-Quran adalah ayat-ayat yang dibaca semasa Pembentangan Terakhir?

Nota:
1. Terdapat banyak ayat-ayat yang dimansukhkan, antaranya hukum rejam bagi bagi penzina muhson. (Dimansukhkan ayat, tetapi dikekalkan hukum) - Kitab 'Al-Bayan fi Tafsir Ba3dho Ayatil Ahkam, Dr. Usamah Abdul Aziz Basya'

p/s: Memandangkan soalan ini agak mengelirukan (kononnya lah), aku akan menjawab (jika tiada orang menjawab) selepas 3 hari (26 Mac). Insya-Allah


Tahniah kapada - A L - kerana menjawab. Ini hadiahnya.. (gambar sahaja)

Labels: ,

22 March 2009

Semakin Belajar, Semakin Kita Tahu Bahawa Kita Tidak Tahu

Aku tidak tahu. Itu mukadimah cerita kali ini. Mungkin kata-kata hikmah ini diambil daripada bahasa Arab. Aku tidak tahu. Walaupun sudah lama dan kerap kali aku mendengar ayat tersebut (tajuk di atas) baharu hari ini aku faham apakah maksudnya yang sebenar, kerana 'Man Lam Yazuq, La Yadri..' (tajuk posting aku yang terdahulu). Siapa yang tidak merasa, nescaya dia tidak akan mengetahui. Ini aku tahu. Hehehe

Mungkin juga maksud sebenar kalam itu kurang tepat dengan apa yang aku rasa. Apa yang pasti, ia berlegar di bawah kelompok yang sama. Aku tidak tahu.

Aku ingin menyeru kepada sesiapa yang pernah atau sedang belajar dalam bidang Al-Qiraat wa Ulumiha supaya lebih cakna dalam hal ini. Sesungguhnya kita memang tidak tahu (atau aku seorang sahaja). Sudah pasti anda semua pernah belajar ilmu 'Rasmul Usmani' ilmu berkaitan penulisan kitab suci Al-Quran. Ya, tentang hazaf, ziyadah, ibdal, hamzah, al-faslu wal waslu, ma fihi qiraatani fa quria 3ala i7dahuma.

Sekadar untuk berkongsi sedikit maklumat yang ada. Ya, terdapat enam kaedah utama dalam penulisan al-Quran seperti yang disebutkan di atas. Sudah bertahun-tahun aku belajar madah ini, tetapi aku baru sahaja menemui masalah ini hari ini! Apa yang lebih menarik, aku menemuinya di dalam muhadharah 'Ikjazul Bayan'! Terlalu panjang untuk mukadimah kali ini. Hihi, maaf.

Doktor Abdul Karim Ibrahim 3iwadh Soleh sengaja mahu berteka-teki dengan kami. Semua maklum bahawa ayat ke-19 Surah Maryam terdapat khilaf pada bacaan kalimah 'Liahaba'. Sila rujuk gambar. Doktor sengaja ingin membangkitkan 'keceriaan' kelas pagi tadi. "Apakah kaedah yang digunakan untuk menulis kalimah tersebut?"

Pelajar A menjawab, "Penulis zaman Sayidina Usman menggunakan kaedah keenam doktor. Kerana jika ditulis dengan huruf hamzah, ia boleh juga dibaca dengan huruf ya. Jika ditulis dengan huruf ya, ia tidak boleh dibaca dengan huruf hamzah kerana huruf hamzah adalah yang asal. Ia seperti kaedah menulis huruf sod kalimah Siroto - surah al-Fatihah".

Pelajar B menjawab, "Ditulis dengan huruf hamzah dalam satu mushaf, dan dengan huruf ya dalam mushaf yang lain. Ia seperti kaedah menulis kalimah wawasso biha ibrohim. Ditulis sedemikian dalam beberapa musfah, dan ditulis dengan wa auso biha ibrohim didalam mushaf yang lain. Kerana meraikan kedua-dua bacaan".

Doktor tersenyum. "Salah!"

Kenapa salah? Ah, masih ada kaedah lain yang aku belum tahu? Ya, aku memang malas baca buku. Hehe. Don't try this in your life. Haha.

"Kalau ditulis dengan hamzah, ia tidak meraikan qiraat yang satu lagi. Kalau ditulis dengan ya, ia menyalahi penulisan al-Quran. Ulama telah menetapkan bahawa kaedah penulisan kalimah tersebut adalah seperti berikut".

Oh, macam itu kah? Sekadar terlopong.

"Ia memang ada diceritakan di dalam kitab rasmul mushaf."

Ah, lagi aku terkejut! Rupa-rupanya masih ada kaedah yang aku belum ketahui dan masih banyak cabang dalam ilmu ini. Bermula dengan mengetahui wujudnya kaedah-kaedah penulisan, hingga aku mengetahui bahawa ada dibincangkan perkara sehalus tadi. Ah, aku memang tidak tahu.

Labels:

20 March 2009

Teka-Teki 1

Tidak syak lagi bahawa rasul-rasul mulia utusan Allah diutuskan untuk menyeru umat manusia mentauhidkan Allah. Dalil nya, 'Ya qaumi3 budullaha ma lakum min ilahin ghoirih' - wahai kaumku, sembahlah Allah (Tuhanmu) dan tiada tuhan lain bagimu melainkan-Nya.

Soalannya, adakah semua Rasulullah menggunakan bahasa yang sama dalam berdakwah? Sedangkan dalam al-Quran dinyatakan ayat-ayat (dialog) Nabi-nabi dalam menyeru umatnya. Sebagai contoh dalam Surah Al-A3raf, ayat 104-129 menceritakan kisah Nabi Musa dan kaumnya. Dinaqalkan dalam bahasa Arab (bahasa kaum Nabi Muhammad).

Hehe. boleh menjawab sekarang. Terpulang mahu menyatakan dalil lojik atau dalil nas-nas al-Quran atau hadis, atau tanpa dalil apa-apa.

p/s: Akan dijawab seminggu dari sekarang (26 Mac). Insya-Allah

20 Mac, sudah terjawab.

Labels: ,

16 March 2009

Hukum Menanam Rambut (Hair Transplant)

Pandangan Ulama

Ulama masa kini telah berselisih pendapat berkenaan dgn hukum menanam rambut kepada dua pendapat:

PENDAPAT PERTAMA: MENGHARUSKAN

Ini adalah pendapat kebanyakan ulama masa kini yang terdiri Prof Dr Ali Muhyiddin al-Qarahdagi ketua Jabatan Fekah dan Usul Fekah Universiti Qatar, Dr Muhammad Uthman Syaibir, Dr Muhammad as-Syed Dusuqi di www.islamiconline.net , Dr Muhammad as-Sartawi, Dr Muhammad al-Hajji al-Kurdi www.islamic-fatwa.net dan ulama-ulama yang lain.

PENDAPAT KEDUA: MENGHARAMKAN

Diantara ulama yang mengegeluarkan fatwa ini adalah Syeikh Abdur Rahman Abdul Khaliq dan Dr Yusuf al-Ahmad.

DALIL PENDAPAT PENDAPAT YANG MENGHARUSKAN

1. Rasulullah saw bersabda:

إن ثلاثة في بني إسرائيل أبرص وأقرع وأعمى ، فأراد الله أن يبتليهم ، فبعث ملكا ... ، فأتى الأقرع فقال : أي شيء أحب إليك؟ قال : شعر حسن ، ويذهب عني هذا الذي قذرني الناس ، قال : فمسحه ، فذهب عنه قال : وأعطي شعرا حسنا.

Maksudnya: “Sesungguhnya 3 orang dikalangan bani Israel yang tediri dari sisopak, sibotak dan sibuta. Allah hendak menguji mereka. Lalu Dia mengutuskan satu malaikat …. (diringkaskan) … Malaikat tadi bertanya “Apa yang paling engkau sukai?” Sibotak menjawab “Rambut yang cantik dan hilang botak yang menyebabkan manusia memandang jijik kepada ku.” Lalu malaikat menyapu kepalanya, lalu hilang botak pada kepalanya dan diberikan rambut yang cantik…”

(Hr Bukhari dan Muslim – sahih)

2. Sesungguhnya menanam rambut adalah satu cara untuk mengubat botak. Botak adalah perkara yang mengaibkan. Berubat adalah perkara yang dituntut oleh Syara’ seperti hadis berikut:

عباد الله تداووا فإن الله لم يضع داء إلا وضع له شفاء غير داء واحد، قالوا وما هو يا رسول الله ، قال الهرم

Maksudnya: “Hai hamba Allah berubatlah. Sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit melainkan Allah meletak bersamanya penawar melainkan satu penyakit . Para sahabat bertanya “Apa dia hai Rasulullah?” Baginda menjawab “Tua”

(Hr Tirmizi, Abu Daud dan Bukhari di adabul mufrad)

DALIL PENDAPAT YANG MENGHARAMKAN

Mereka mengatakan menanam rambut adalah termasuk daripada menyambung rambut yang diharamkan. Menanam rambut adalah diharamkan berdasarkan hadis berikut:

لعن الله الواصلة والمستوصلة

Maksudnya: “Allah melaknat tukang penyambung rambut dan orang yang menyambung rambutnya.” (Hr Bukhari dan Muslim – sahih)

Kesimpulannya: Kebanyakan ulama masa kini mengharuskan untuk menanam rambut bagi orang yang mengalami masalah rambut.

Rujukan: Buku2 karangan Dr Uthman Syaibir, Dr Ali Qarahdagi dan Dr Soleh.

Dipetik daripada blog Ust Salman Maskuri

Labels: ,

06 December 2007

5 perkara yang tidak disunatkan baca basmalah:

5 perkara yang tidak disunatkan baca basmalah:
1. Haram Zati contohnya Minum arak
2. Makruh Zati contohnya Makan makanan yang makruh (tanpa makanan sampingan yang lain)
3. Haram Aridi contohnya Menyembelih binatang sembelihan yang dicuri
4. Nak solat / berzikir
5. Perkara yang hina pada pandangan syarak

p/s: Dipetik daripada kitab Munyatul Musalli

Labels: