13 October 2007

Air Mata Syawal

Artis: Siti Nurhaliza
Tajuk: Air Mata Syawal

sayu
hati ini makin sayu
rindu
terkenangkan desa permai

wajah ayah bonda
bermain di mata
mengajak ku pulang ke desa
di hari bahgia hari raya

lama ku tunggu
bertemu di pagi mulia
namun tidak kesampaian
air mata jatuh berlingan

ku ingin berulang
manisnya bersama
menyambut hari bahgia
jarak memisahkan rindu pertemuan
bilakah hasrat jadi nyata

duhai ayah bonda
ampunkan anakanda
tak dapat beraya bersama
jauh dari mata dekat dalam jiwa
teguh kasihku tidak berubah

sayu
hati ini makin sayu
rindu
terkenangkan desa permai

wajah ayah bonda bermain di mata
mengajak ku pulang ke desa
di hari bahgia hari raya

p/s: Harap maaf, pautan ke lagu penuh sudah dibuang atas masalah teknikal.

Labels:

02 October 2007

Kerusi Pink, terbanglah!

Petang ini aku tiada aktiviti untuk dilakukan. Bosan. Lapar.

Tempoh untuk aku meninggalkan Kaherah pun dah tidak panjang. Aku lihat, aku tenung barang-barang. Wah, terlalu banyak untuk aku pindahkan sendiri. Dua perkara yang aku sentiasa fikirkan, mencari jalan keluar daripada masalah tilam dan kerusi pink. Walau macam mana sekali pun, aku mesti penuhkan hasrat Ashfa ku. Sama ada belikan yang baru (mungkin tidak :-") atau usahakan lagi agar dapat diceraikan.

Bermula dengan tempat duduk, aku beralih ke tempat bersandar. Tiada masalah. Aku mula memeningkan diri. Aku pusing, aku selak, terbalikkan. Tapi tetap buntu! Satu cari yang belum dicuba - tanya Si Bibih (anak bungsu)! Ya, dia respons dengan baik. Berjaya!

Tapi aku tetap belum tenang. Masakan dapat dimasukkan ke kotak dengan keadaan macam ini? Tapak macam bintang masih belum mahu melepaskan tiang hitam dalam genggamannya. Aku ingin meminta pandangan Bibih, tapi sebelum aku habiskan mengambil gambar bateri HP aku habis.

Aku akan pastikan, kerusi itu dapat diterbangkan ke Brunei! Sireh akan pulang ke dagang, insya-Allah!

p/s: Bibih masih macam dulu. Lawak! (Mie, ada cerita di sebalik ni)

Labels: