05 May 2009

Padlock, Bertukang, Duit LE20

Hari ni aku akan update lagi kisah menarik bagi aku. Hehe. Ada beberapa perkara yg berlaku yg membuat aku tertarikh hati untuk update.

AKU CASH WITHDRAW DUIT DI BANQUE MISR

Petang tu aku mengantuk sgt. Nak tido, aku risau akan jadi macam semalam. Tak mau g bank sb gelap dan sorang. Biar lh, lepas magrib boleh tidur lagi kalau mahu. Kali ni aku keluar pakai kasut (apa nak heran?). Sebenarnya aku malas nk pakai kasut kalau nk jalan dekat2 je. Pakai selipar lagi simple. Biar papa asal bergaya :p Tak tipu! Duit aku dalam poket masa tu tak sampai LE20 pon. Dah lebih seminggu aku ikat perut, tadah air liur (kalau kempunan) hehe. Kesian.

Lepas draw LE620, aku tak terus balik. Singgah di kedai nak beli pengunci pintu dan 'mangga - padlock' sebagai langkah berjaga2. Aku malas nk ceritakan peristiwa2 hitam yang berlaku seminggu dua ni.

DI KEDAI PADLOCK

Yang ni pon satu hal. Nak cakap, taktau istilah mangga dlm bahasa arab. Memang lucu bila sebut 'suq' dengan niat dia akan faham maksud aku tu. Hehe. Memang di suq (pasar) ada mangga. (Aku pasti ada orang akan ketawa). Duk berdialog dengan tokei kedai ni pon satu hal. Aku datang nk beli barang, bukan nk dengar ngko berleter. Menyampah. Macam-macam dia tanya aku. Dah aku memang taktau mangga tu dalam bahasa arab, jangan lah tanya. Yang aku ingat, 'ifn' je.. Tu pun aku tak pasti maksud nya apa. Hehe. Sorry, aku tengah geram masa tu.

Mangga tu aku tak pernah pun beli di Mesir. Mcm mana lah aku nak tahu nama dia. Senang-senang je dia marah.
"Ko ke sini nak buat ape?"
"Aku datang nak belajar la!" Ko sebok apesal? (yang ni ckp dalam hati je)
"Dah kalau ko dtg sini nak belajar, nape yang ni pun ko tak tahu? Mcm mana ko nak lulus imtihan?!"
"Ah, aku tak penah jumpa pon kalimah ni dalam kuliah!" (aku ni blajar qiraat, bukan kejuruteraan!)

Geram betul aku. Mentang-mentang lah aku ni org luar. Suka hati lah nak tau bahasa korang ke tak. Cuba ko merantau tempat aku. Dah sah2 ko tak dapat cakap melayu!

Tu satu hal. Yang satu lagi dia tanya pasal 'Rais' Mesia sekarang. Aku tanya balik, ko nk tahu yang paling baru ke? (Aku dah agak dia hanya kenal Tun Mahathir je). Dia nak tahu yang paling baru.
"PM aku sekarang nama Najib. Nape?"
"Dia bagus tak? Mana lebih bagus; dia atau Mubarak? Ko kenal Mubarak?"
"Mesti lah aku kenal." Belum sempat aku abis jawab, dia sambung lagi.
"Mubarak lah Presiden paling bagus. Lebih bagus dr PM korang. Cuba tengok Mubarak, dia lah yang menjaga satu Mesir ni."
"Haa, dah sah-sah dia ni org peminat buta Mubarak. Dia ni buta ke atau buat2 tak tau? Perang Israel-Palestin baru je lepas. Takkan masih nak cakap Mubarak ni bagus. Ngok betul! (cakap dalam hati je)."

Aku malas nak layan cakap dia, lepas bayar terus aku balik. Aku sengaja tak nak beli paku skrew tu, sebab aku ingat masih ada lagi di rumah. Sampai rumah, rupenya dah abis. Satu je lagi baki. Ah, nmpk gayanya kena jumpa lagi lah arab tu. Otok!

"Aku nak beli paku."
"Paku cmne ko nak?"
"Paku yang utk barang aku tadi."
"Paku macam mana? Banyak jenis paku ada ni."
Dah agak dah, mesti nak kenakan aku lagi ni.
"Ni contoh dia." hehe, nasib baik bawak contoh.
"Ok kejap, yang ni namanya 'Mismar bumah' Brape ko nak?"
"Aku nak untuk paku benda tadi lah. 5 atau 6."
"Nah, amik 5 aku bagi free 1."
Konon nak cakap baik lah tu. Paku 6 batang pon 25sen. Ada ke patut? Biarlah, aku malas nk layan.

BERTUKANG

Hehe, ni pun satu masalah jgk. Aku ingat besi pengepit mangga tu dah ok kalau aku beli yang kecil. Tapi sama jgk masalahnya. Pintu aku tak brape support dengan benda tu. Skali cuba, salah. Silap letak dan susun. Skali cuba lagi, salah juga. Kalau aku teruskan keje masa tu, takde beza lah kunci ke tak. Sb senang je nk buka. Kali ketiga, baru bejaya. Walaupun kurang sempurna. Hehe. Biasa lah, aku bukan belajar kejuruteraan.. :p

DUA [dot] ENAM [dot] TUJUH

Ni lah kemuncak posting aku kali ni. Setiap kali aku draw duit, stiap kali tu lh aku akan cek no siri atau tarikh duit tu dikeluarkan (tarikh yang ada kat situ). Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Walaupon ni mgkn satu kebetulan. "Syu has sodfi ma fi ahla" kata Marwan Khouri dalam lirik Ya Rabb. Alangkah indah nya kebetulan ini.

Kali pertama tgk tarikh duit tu, satu benda yang terlintas. Duit ni yang keluar dulu ke, atau aku yang 'melamar' dulu? Hehe, lain macam je bunyi.. *sengih*


Labels: