30 March 2009

Lagi Melambatkan Loading Page Aku

Aku baru saja selesai menambah satu lagi gadget - YM Live Chat. Memang nampak agak membosankan, tapi aku tetap juga ingin mencuba. Kalau hati kata berkenan, maka kekallah ia. Tunggu kata hati.

Labels:

26 March 2009

Our 20th 2.6.7

Tiada apa yang ingin aku tuliskan kali ini. Sekadar lakaran ringkas sahaja. Orang cakap, 'setahun jagung' mengkiaskan umur sesuatu yang belum matang. Tapi itu jagung bukan manusia. Ah, apa aku mahu cakap sebenarnya? (mun paham bisai~)

Awal-awal lagi aku sudah maklumkan, tiada apa yang ingin aku tuliskan kali ini. Jangan marah haa~

p/s: lai, selamat ulang tahun.. (ada special gift 4 u, and 4 ur belated best-day)

Labels:

23 March 2009

Teka-Teki 2

Setiap tahun pada bulan Ramadan, Rasulullah akan membaca atau tasmi3 di hadapan Malaikat Jibril bagi 'mengemaskini' ayat-ayat yang thabit dengan ayat-ayat mansukh.

Pada Ramadan terakhir dalam hayatnya, Baginda telah membaca sebanyak dua kali di hadapan Jibril. Peristiwa ini dipanggil 3urdhatul Akhirah (Pembentangan Terakhir).

Hanya ayat-ayat yang dibacakan semasa peristiwa tersebut sahaja yang tercatat di dalam musfah yang kita baca sekarang, sedangkan ayat-ayat yang tidak tercatat adalah mansukh.

Ulama berselisih pendapat dalam menyatakan ayat terakhir yang diturunkan, dan paling sahih adalah ayat 281, Surah Al-Baqarah iaitu diturunkan beberapa hari sebelum kewafatan Baginda Sallallahu 3alaihi wasallam pada bulan Rabi3ul Awwal yang berikutnya.

Persoalannya, adakah ayat tersebut dan ayat-ayat yang lain dikira sebagai ayat yang sah sedangkan antara syarat dalam penentuan ayat-ayat al-Quran adalah ayat-ayat yang dibaca semasa Pembentangan Terakhir?

Nota:
1. Terdapat banyak ayat-ayat yang dimansukhkan, antaranya hukum rejam bagi bagi penzina muhson. (Dimansukhkan ayat, tetapi dikekalkan hukum) - Kitab 'Al-Bayan fi Tafsir Ba3dho Ayatil Ahkam, Dr. Usamah Abdul Aziz Basya'

p/s: Memandangkan soalan ini agak mengelirukan (kononnya lah), aku akan menjawab (jika tiada orang menjawab) selepas 3 hari (26 Mac). Insya-Allah


Tahniah kapada - A L - kerana menjawab. Ini hadiahnya.. (gambar sahaja)

Labels: ,

22 March 2009

Semakin Belajar, Semakin Kita Tahu Bahawa Kita Tidak Tahu

Aku tidak tahu. Itu mukadimah cerita kali ini. Mungkin kata-kata hikmah ini diambil daripada bahasa Arab. Aku tidak tahu. Walaupun sudah lama dan kerap kali aku mendengar ayat tersebut (tajuk di atas) baharu hari ini aku faham apakah maksudnya yang sebenar, kerana 'Man Lam Yazuq, La Yadri..' (tajuk posting aku yang terdahulu). Siapa yang tidak merasa, nescaya dia tidak akan mengetahui. Ini aku tahu. Hehehe

Mungkin juga maksud sebenar kalam itu kurang tepat dengan apa yang aku rasa. Apa yang pasti, ia berlegar di bawah kelompok yang sama. Aku tidak tahu.

Aku ingin menyeru kepada sesiapa yang pernah atau sedang belajar dalam bidang Al-Qiraat wa Ulumiha supaya lebih cakna dalam hal ini. Sesungguhnya kita memang tidak tahu (atau aku seorang sahaja). Sudah pasti anda semua pernah belajar ilmu 'Rasmul Usmani' ilmu berkaitan penulisan kitab suci Al-Quran. Ya, tentang hazaf, ziyadah, ibdal, hamzah, al-faslu wal waslu, ma fihi qiraatani fa quria 3ala i7dahuma.

Sekadar untuk berkongsi sedikit maklumat yang ada. Ya, terdapat enam kaedah utama dalam penulisan al-Quran seperti yang disebutkan di atas. Sudah bertahun-tahun aku belajar madah ini, tetapi aku baru sahaja menemui masalah ini hari ini! Apa yang lebih menarik, aku menemuinya di dalam muhadharah 'Ikjazul Bayan'! Terlalu panjang untuk mukadimah kali ini. Hihi, maaf.

Doktor Abdul Karim Ibrahim 3iwadh Soleh sengaja mahu berteka-teki dengan kami. Semua maklum bahawa ayat ke-19 Surah Maryam terdapat khilaf pada bacaan kalimah 'Liahaba'. Sila rujuk gambar. Doktor sengaja ingin membangkitkan 'keceriaan' kelas pagi tadi. "Apakah kaedah yang digunakan untuk menulis kalimah tersebut?"

Pelajar A menjawab, "Penulis zaman Sayidina Usman menggunakan kaedah keenam doktor. Kerana jika ditulis dengan huruf hamzah, ia boleh juga dibaca dengan huruf ya. Jika ditulis dengan huruf ya, ia tidak boleh dibaca dengan huruf hamzah kerana huruf hamzah adalah yang asal. Ia seperti kaedah menulis huruf sod kalimah Siroto - surah al-Fatihah".

Pelajar B menjawab, "Ditulis dengan huruf hamzah dalam satu mushaf, dan dengan huruf ya dalam mushaf yang lain. Ia seperti kaedah menulis kalimah wawasso biha ibrohim. Ditulis sedemikian dalam beberapa musfah, dan ditulis dengan wa auso biha ibrohim didalam mushaf yang lain. Kerana meraikan kedua-dua bacaan".

Doktor tersenyum. "Salah!"

Kenapa salah? Ah, masih ada kaedah lain yang aku belum tahu? Ya, aku memang malas baca buku. Hehe. Don't try this in your life. Haha.

"Kalau ditulis dengan hamzah, ia tidak meraikan qiraat yang satu lagi. Kalau ditulis dengan ya, ia menyalahi penulisan al-Quran. Ulama telah menetapkan bahawa kaedah penulisan kalimah tersebut adalah seperti berikut".

Oh, macam itu kah? Sekadar terlopong.

"Ia memang ada diceritakan di dalam kitab rasmul mushaf."

Ah, lagi aku terkejut! Rupa-rupanya masih ada kaedah yang aku belum ketahui dan masih banyak cabang dalam ilmu ini. Bermula dengan mengetahui wujudnya kaedah-kaedah penulisan, hingga aku mengetahui bahawa ada dibincangkan perkara sehalus tadi. Ah, aku memang tidak tahu.

Labels:

20 March 2009

Song for Gaza (terlewat pos)

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Download MP3

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Labels:

Teka-Teki 1

Tidak syak lagi bahawa rasul-rasul mulia utusan Allah diutuskan untuk menyeru umat manusia mentauhidkan Allah. Dalil nya, 'Ya qaumi3 budullaha ma lakum min ilahin ghoirih' - wahai kaumku, sembahlah Allah (Tuhanmu) dan tiada tuhan lain bagimu melainkan-Nya.

Soalannya, adakah semua Rasulullah menggunakan bahasa yang sama dalam berdakwah? Sedangkan dalam al-Quran dinyatakan ayat-ayat (dialog) Nabi-nabi dalam menyeru umatnya. Sebagai contoh dalam Surah Al-A3raf, ayat 104-129 menceritakan kisah Nabi Musa dan kaumnya. Dinaqalkan dalam bahasa Arab (bahasa kaum Nabi Muhammad).

Hehe. boleh menjawab sekarang. Terpulang mahu menyatakan dalil lojik atau dalil nas-nas al-Quran atau hadis, atau tanpa dalil apa-apa.

p/s: Akan dijawab seminggu dari sekarang (26 Mac). Insya-Allah

20 Mac, sudah terjawab.

Labels: ,

19 March 2009

Kelas Malam II - Adam dan keluarga

Kali ini aku akan bercerita tentang Adam Abu Bakr al-Nigeri. Siapa Adam? Kenapa Adam? Apa yang menarik tentang dia?

Kami sekelas seawal aku di Maahad Al-Qiraat Al-Azhar, Shoubra lagi. Perwatakan lebih kebapaan, peramah, rajin ke kuliah (dilantik oleh maahad sebagai ketua bagi wafidin kelas aku dulu). Kebapaan? Ya, beliau sudah berkahwin dan diceriakan dengan tiga cahaya mata; Habibah 6 tahun (dipanggil umi), Abdul Rahman 3 tahun, dan Zakaria 10 bulan (dipanggil Abul Khair - Bapa kebaikan). Bertemankan seorang isteri yang memahami dan menyayangi (aku lupa nama dia), mereka hidup bahagia di kota Kaherah.

Sekali-sekala beliau suka menyakat kawan-kawan dengan gurauan orang-orang berkahwin. Hihi. "Ya Azhar, kamu tidak menyesal kerana baru berkahwin?" Aku hanya tersengih mendengar soalan itu. Tapi kawan aku punyai jawapan sendiri yang betul-betul mengejutkan. "Kalau aku tahu kahwin ini sesuatu yang helwa, dah lama aku nak kahwin". Hahaha, gelak sakan aku malam tu. Eh, melencong pula. Paling menarik ayatnya (walaupun aku tidak faham maksud tersirat) "sekali kamu kahwin dengan 'asmari' - orang berkulit hitam, kamu tidak akan ingin berkahwin dengan baidho' - orang berkulit putih". Hihi

Sebenarnya banyak perkara yang aku dapat belajar malam itu. Belajar tentang hidup dan kehidupan. Hihi. Lain macam bunyinya ni. Ya, memang lain! Seumur hidup aku, aku hanya berkawan atau lebih tepat berkenalan dengan asmari. Kali pertama seumur hidup aku, aku meriba, mengusap rambut, dan bergurau dengan kanak-kanak asmari. Lebih rapat. Mereka seperti kita, bahkan lebih baik daripada kita dalam beberapa hal. Entah, aku sendiri tidak faham apa yang berlaku kepada aku. Mungkin sudah tiba 'seru'? Hihi. Allah sahaja yang Maha Tahu.

Walaupun tidak dapat menghadiahi sesuatu untuk mereka, tapi aku berpuas hati dapat bergurau dan membuat mereka ketawa gembira. Tapi aku masih kekok untuk bergurau dengan Habibah. Adakah kerana dia perempuan? Atau maknya ada bersama? Atau dia lebih suka bersama isteri Azhar? Aku tidak tahu.

Kami keluar rumah berjalan seiring. Adam - Abdul Rahman - Azhar - Habibah - dan aku. Tapi kenapa aku 'ttr'? Ah, tiada beza pun antara Habibah (Nigeria) asmari dan Aisyah (Brunei) Baidho'. Masing-masing enam tahun ketika aku berkenalan. Tapi kenapa?

Labels:

Kelas Malam I - The Arabian Night

Kenapa dengan kelas malam ni? Kenapa aku memilih untuk bercerita hanya tentang malam ini dan bukan sebelumnya? Kenapa aku perlu bercerita? Kenapa dan kenapa.

Buat masa ini, aku sengaja menggantung persoalan itu. Mungkin kerana esok tiada kuliah (cuti Hari Askar - 'Yaum Syurthoh')? Mungkin kerana ingin menarik perhatian pembaca - Salah satu method penglipur lara (engajaran yang kuambil selepas menonton filem 'The Arabian Night')? Semua boleh jadi 'mungkin'. Apa yang pasti, aku sengaja menggantungnya.

Sedikit berkenaan filem Arabian Night, filem yang bagi aku amat membosankan. Pelakon berbangsa Inggeris yang memegang watak bangsa Arab. Pelakon yang tidak dikenali. Tiada aksi yang bolek menarik perhatian. Yang paling membosankan, ia mengambil masa lebih tiga jam untuk menontonnya (tapi aku ambil masa tiga hari untuk tamatkannya). Hehe. Dah namanya membosankan, bukan? Pasti anda bersetuju. Hehe.

Berlatar belakangkan suasana di negara arab, mereka gagal untuk menggambarkan suasana sebenar. Aku tak salahkan Pengarah yang memilih pelakon 'mat saleh' melakonkan filem ini. Tapi aku cukup tidak berpuas hati kerana perkataan yang melambangkan agama Islam terlalu mudah dan remah untuk mereka tuturkan. 'Insya-Allah, Allah yang Maha Berkuasa' dan banyak lagi, terlalu kerap disebut.

Filem ini kalau diperhatikan, seolah-olah lakonan semula karya-karya Allahyarham P. Ramlee selepas beberapa proses pengadaptasian bagi menyesuaikan dengan jalan ceritanya. Karya seperti Tiga Abdul, Laksamana Do Re Mi, Ali Baba dengan 40 Pencuri (kalau tidak salah), dan banyak lagi menjadi penghias filem ini. (Atau karya Allahyarham yang dicedok daripada dongengan Arab? Aku tidak tahu).

Paling tidak memuaskan hati aku dengan filem ini, apabila menonton bahagian pengakhiran cerita. Ah, memang Pengarah tidak tahu macam mana mahu menarik hati penonton! Dan aku berasa filem ini dah berjaya membazirkan lebih tiga jam masa aku untuknya. Aku berasa cukup berbaloi dengan menyatakan ketidakpuasan hati aku dengan mengutuk cerita yang tiada moral ini. Hehe. Aku perlu mengkritik kerana aku berhak (sebagai penonton). Hihi.

Anda juga berhak mengkritik posting ini kerana blog ini bukan hanya untuk aku!

p/s: Filem pertama yang aku kritik. Jadi kalau ada bahagian yang perlu ditambah atau dibuang, aku amat berbesar hati untuk dikritik.

* Tapi kenapa tajuk posting ini 'Kelas Malam'?
* Maaf tidak dapat sediakan ss sebab dah didelete

Labels:

16 March 2009

Hukum Menanam Rambut (Hair Transplant)

Pandangan Ulama

Ulama masa kini telah berselisih pendapat berkenaan dgn hukum menanam rambut kepada dua pendapat:

PENDAPAT PERTAMA: MENGHARUSKAN

Ini adalah pendapat kebanyakan ulama masa kini yang terdiri Prof Dr Ali Muhyiddin al-Qarahdagi ketua Jabatan Fekah dan Usul Fekah Universiti Qatar, Dr Muhammad Uthman Syaibir, Dr Muhammad as-Syed Dusuqi di www.islamiconline.net , Dr Muhammad as-Sartawi, Dr Muhammad al-Hajji al-Kurdi www.islamic-fatwa.net dan ulama-ulama yang lain.

PENDAPAT KEDUA: MENGHARAMKAN

Diantara ulama yang mengegeluarkan fatwa ini adalah Syeikh Abdur Rahman Abdul Khaliq dan Dr Yusuf al-Ahmad.

DALIL PENDAPAT PENDAPAT YANG MENGHARUSKAN

1. Rasulullah saw bersabda:

إن ثلاثة في بني إسرائيل أبرص وأقرع وأعمى ، فأراد الله أن يبتليهم ، فبعث ملكا ... ، فأتى الأقرع فقال : أي شيء أحب إليك؟ قال : شعر حسن ، ويذهب عني هذا الذي قذرني الناس ، قال : فمسحه ، فذهب عنه قال : وأعطي شعرا حسنا.

Maksudnya: “Sesungguhnya 3 orang dikalangan bani Israel yang tediri dari sisopak, sibotak dan sibuta. Allah hendak menguji mereka. Lalu Dia mengutuskan satu malaikat …. (diringkaskan) … Malaikat tadi bertanya “Apa yang paling engkau sukai?” Sibotak menjawab “Rambut yang cantik dan hilang botak yang menyebabkan manusia memandang jijik kepada ku.” Lalu malaikat menyapu kepalanya, lalu hilang botak pada kepalanya dan diberikan rambut yang cantik…”

(Hr Bukhari dan Muslim – sahih)

2. Sesungguhnya menanam rambut adalah satu cara untuk mengubat botak. Botak adalah perkara yang mengaibkan. Berubat adalah perkara yang dituntut oleh Syara’ seperti hadis berikut:

عباد الله تداووا فإن الله لم يضع داء إلا وضع له شفاء غير داء واحد، قالوا وما هو يا رسول الله ، قال الهرم

Maksudnya: “Hai hamba Allah berubatlah. Sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit melainkan Allah meletak bersamanya penawar melainkan satu penyakit . Para sahabat bertanya “Apa dia hai Rasulullah?” Baginda menjawab “Tua”

(Hr Tirmizi, Abu Daud dan Bukhari di adabul mufrad)

DALIL PENDAPAT YANG MENGHARAMKAN

Mereka mengatakan menanam rambut adalah termasuk daripada menyambung rambut yang diharamkan. Menanam rambut adalah diharamkan berdasarkan hadis berikut:

لعن الله الواصلة والمستوصلة

Maksudnya: “Allah melaknat tukang penyambung rambut dan orang yang menyambung rambutnya.” (Hr Bukhari dan Muslim – sahih)

Kesimpulannya: Kebanyakan ulama masa kini mengharuskan untuk menanam rambut bagi orang yang mengalami masalah rambut.

Rujukan: Buku2 karangan Dr Uthman Syaibir, Dr Ali Qarahdagi dan Dr Soleh.

Dipetik daripada blog Ust Salman Maskuri

Labels: ,

04 March 2009

Hi or Hello?

Semalam hari kedua aku ke kuliah untuk semester ini. Walaupun agak memalukan, tapi aku jujur dengan kebenaran ini. (Sengih). Perancangan awal keluar daripada pintu rumah hanya mahu menghadiri muhadarah pertama (Qiraat Amali) dan muhadarah kedua (Qiraat Syazah).

Dr Jamal keluar awal dan kelas kosong. Aku turun ke bilik Syuun Tolabah untuk mengambil borang kehadiran kuliah (mesti hadir 75% hari kuliah untuk menduduki imtihan). Jam masih awal dan aku tak sangka kelas berjalan. Ah, english rupanya. Bila dah masuk, segan pula nak keluar. Alah, ambil berkat doktor apa salahnya, bukan? (Sebenarnya aku tidak merancang nak masuk kelas english ini).

Duduk sebelah Ise, paling kurang boleh borak-borak perlahan. Hehe. Doktor mengajar esei english, lebih kurang tajuknya "Aku seorang pemandu pelancong". Ah, seronok juga! Antara yang paling menarik dia terjemah perkataan Hi. Dalam bahasa Arab marhaban atau ahlan. Tapi bukan ini yang aku mahu ceritakan.

Aku tertarik dengan ulasan doktor tentang perbezaan Hi dengan Hello. Rupanya ada perbezaan. Memalukan! 24 tahun hidup di dunia, baru aku tahu bezanya. Sedangkan cerita inggeris, lagu atau nasyid inggeris, semua aku layan. Hihi.

Ah, sorry cerita dah tamat. Memang cerita yang tiada klimaks. Hihi.

Moral:
1. Jangan tahu tengok cerita saja.
2. Jangan cuba ponteng atau tak hadir kelas. (Susah aku nak laksanakan ni)

Labels: