22 July 2009

Berita Dari Mesir

ibnu_mohtar: ok laa
ibnu_mohtar: aku oyak
ibnu_mohtar: jayid jidan
ibnu_mohtar: hafis samuri
abdkadaer: wah.. j jidan lg
ibnu_mohtar: makbul-pik kl...itek....hafis basir...nabeel
ibnu_mohtar: aah
ibnu_mohtar: mmg dah disangke
ibnu_mohtar: huhu
abdkadaer: tu lh
ibnu_mohtar: tuka kala
ibnu_mohtar: wi laen ckik
abdkadaer: bereh
ibnu_mohtar: aku terus kan
abdkadaer: lagi
ibnu_mohtar: manqul 1
ibnu_mohtar: reda n nehi
ibnu_mohtar: manqul 2
ibnu_mohtar: AD n ise
abdkadaer: ooo
abdkadaer: aku?
abdkadaer: shahir?
ibnu_mohtar: mu n wak 3
ibnu_mohtar: shahir 4

_____

abdkadaer: mu jayid ko gapo
ibnu_mohtar: mm
ibnu_mohtar: aah
abdkadaer: tahniah ah
ibnu_mohtar: TQ
abdkadaer: ore lain?
ibnu_mohtar: al n jis jayid
ibnu_mohtar: umar manqul 2
ibnu_mohtar: hk laen sangkut

_____

ibnu_mohtar: huuhu
ibnu_mohtar: kesimpulan...
ibnu_mohtar: ramai hk sgkut
ibnu_mohtar: sbb qarar kuliah x bg masuk pekso qiraat
abdkadaer: ado lh tu hikmah dio
abdkadaer: suruh ngapa matan sunggoh2
abdkadaer:
ibnu_mohtar: hmm
ibnu_mohtar: ya
ibnu_mohtar: ok dir
ibnu_mohtar: selamat mengajar anak bangsa
abdkadaer: bereh
ibnu_mohtar: kerja mulia
ibnu_mohtar: huhu
abdkadaer: aku tunggu update dr mu
ibnu_mohtar: aku tubik dulu
ibnu_mohtar: bereh2
ibnu_mohtar is typing a message.
ibnu_mohtar: slm alaik
abdkadaer: waalaika salam

Labels:

Ustaz...

1st day aku jadi ustaz tahun ni. Lepas sebulan lebih bina badan kat rumah. Hihi. Pengalaman, mmg byk berbeza dengan MTS Tanah Merah. Kat sana smua prasarana lengkap elok cantik. Berbeza dengan MTS Nipah, ni. Sekolah ni sebenarnya masih lagi status 'menumpang'. Dengan prasarana yang serba kurang, alatan pejabat 'cukup2 makan', dan sebagainya. Tapi aku syukur sb dapat lg keje. Paling kurang, dpt jgk budak2 tasmik dan ikut baca.

Jangan terkejut kalau aku ckp, bangunan tu terlalu usang utk dilabelkan Maahad Tahfiz Sains (buat masa sekarang). Ruang pejabat bersambung dengan bilik guru, bangunan asrama satu blok dengan bangunan sekolah, bangunan skolah berdindingkan papan, ada satu padang bola futsal (yang 'mampu' menampung lebih kurang 100 org). Malas nak detailkan pasal prasarana tu.

Jam 7.32 (kalu tak silap aku) aku sampai ke perkarangan sekolah. Fulamak, mcm artis je rasa masa tu. Haha. Budak2 tgh berhimpun sebagai rutin harian utk baca doa dan Asmaul Husna. Semua duk tgk artis yg baru sampai dengan kereta hitam, DAU 6359 (gabungan tahun kelahiran umi 1963 dan abah 1959).

Park keta, pakai kasut, jumpa ust Yusof. Penyelia bahagian tahfiz kat Maahad Yaakubiah tu (sekolah induk yg kitorang tumpang tapak dia). Aku ditugaskan utk jaga 10org murid kelas 1 Rusydi. Alhamdulillah, smua budak. Hehe. Abis kelas g jumpa cikgu Loh, Penolong Kanan 1 yang kemarin nya cakap nk bg jadual utk aku. Tapi belum siap jgk. Balik ke tempat tahfiz, dan borak2 dengan rakan2 ustaz yang lain (tempat tahfiz tak sama dengan induk, duk asing2). Tempat induk tu ada laki n puan. Katanya aku kena ngaja Balaghah form6. Utk exam STAM. Macam mana tu ye? Hahaha

1.20, masuk kelas form2 sb kena ganti ust Yusof sb dia ada hal. Borak2 n taaruf, kol2 kuar. Solat zohor kt masjid, n balik. Jadual kelas malam dan kelas jumaat sabtu, masih blm dapat. Sama jgk jadual aku kena jd pembantu warden

Balik.

Sampai rumah, org masih kerja. Proses nk siapkan rumah. Paksa jgk sb nak sambut family baru. Hihi. Smua org 'turun padang' tolong2 jgk. Abah ckp, ari ni nk robohkn dinding pagar, org batu pon nk hantar batu jgk. Bata pon sama. Ah, ni lh peluang last aku amik gmbr 'rumah lama'.

Tp perut meronta2 mintak diisi. Makan dulu kenyang2, baru bawak turun kamera. Baru je turun rumah, org bata dh turunkn smua bata2 dia. Tapi kat luar pagar. Aduh, satu keje lagi, kena alihkn bata2 tu masuk dalam. Hoho. Sabar je lh. Naik rumah jap, pahtu turun lg.

Tak lama lps tu, org batu plk sampai. Blm sempat nk snap gmbr pagar tu, dia dh robohkan separuh. Sempat amik yg dah roboh je lh. Takpo, asalkan ada. Hihi. Pahtu..

Ah, lain kali je aku sambung..

20 July 2009

Posting To Do

Sehari dua ni agak byk program aku. Dan aku rasa smua tu perlu utk aku masukkan ke blog sebagai kenangan aku utk dikongsi bersama.

Secara kasar aku akan bgtau beberapa event yang dh belaku tu.
1. Ikut Abah kerja ke Pusat Serenti (dah taip separuh, akan disiapkan secepat mungkin).
2. 24jam bersama Wak Nazir (rakan sekuliah sejak Shoubra lg).
3. Bercuti ke Kg Derdap, Keruak (rumah mak sedara sebelah Umi).

Okeh, utk kali ni aku akan ceritakan apa yang berlaku td. Tak lama lepas sampai rumah, ada org call. Perempuan. Hihi. "Assalamualaikum. Ni Ust. Abd Kadaer ke?"

"Ye saya. Ada apa?"

"Saya org dari YIK. Bila Ust free? Bila boleh datang ke YIK utk amik surat pelantikan mengajar?"

"Saya free je, esok saya g sana."

Lebih kurang cmtu lh dialog td. Sebenarnya panjang lg. Malas nk tulis satu2. Cukup lah sekadar aku ckp, aku akan jadi Ust lagi lps ni. "Ust Abd Kadaer Zailani" guru ganti. Hehe.

Esok pagi aku akan ke pejabat Yayasan Islam Kelantan, dan akan ke MTS Tanah Merah utk urusan gaji yg tertunda.

Hari ni jgk, aku dapat tengok sediri org dah sambung kerja siapkan rumah yg dh lama tergendala. Harap2 lh sempat siap sebelum puasa ni.

p/s: ringkas2 je posting kali ni. belajar menulis lps lama berhenti. hihi

Labels: ,

03 July 2009

On e Way balik cuti 3

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA BAHRAIN

Waktu dijangka berlepas, 8.20 malam waktu Bahrain (sama dengan waktu Mesir – lewat 5 jam dari waktu Malaysia / Brunei). Tak lama lepas terbang dan cabin staff setelkan pape yang patut, dorang datang kasi headset dan menu makanan. Wah, macam best je. Aku lupa nk cakap, makanan dalam Air Bus A340 pun buleh tahan jugak sedapnya. Macam nasi kat restoran Hadra Maut, Nasi Kabsah Daging. Memang puas hati. Terubat juga walaupun datang lambat masa tu.

Menu makan malam aku tak ingat nama apa. Yang pasti, nasi lauk ayam, sayur bendi, kek yang sedap, roti kecil tiga keping, sayur jagung, air minuman. Saje nak panjangkan, gambar nya mmg dah ada pon tu. Hihi. Makan, kenyang, minum, boroi, rehat. Tak lama lepas tu, syau panggil pramugara. Sebab nk cuba yang pasta pulak. Aku cakap kat hakim, nak cuba rasa. Kitorang kongsi separuh sorang. Eeiii~ masam je rasa. Tapi sedap jugak. (sedap rambutan tak sama dengan sedap durian). Hihi. Positif~

Makan dah, minum dah, tambah pun dah. Tak tahu nak buat apa. Boring pulak dah. Nak tgk movie, takde mood. Nak main game lumba keta tu, asyik kalah je. Hihi. Last2 amik penutup mata, zZzzz... Malas nak layan budak bising tu. Sedap je tidur masa tu. Bila dah kapal naik tinggi, gegaran kurang, dapat lah aku tidur selesa. Bising budak tu pun dah tak dengar. Sah2 aku lena amat. Letih satu hari tak lena tidur.

Kadang2 aku tersedar jugak, sambung tengok movie kejap. Den tidur lagi. Bila sedar, hari dah cerah. Dah nampak tanah2 dan laut2. Pemandangan tu memang cantik. Aku amik kamera nak snap, tapi bila on je aku hairan. Rasanya keadaan kat luar dah cerah. Tapi nape screen kamera aku menghitam atas bawah. Aku alih ke tempat lain, masih! Risau habis aku masa tu. Baru ingat takleh on kamera bila dah melebihi had ketinggian. Ada sebut dalam buku panduan, tapi lupa brapa kilometer yang tepat. Terus aku off.

Bila dah agak2 rendah, baru aku on balik. Sempat amik beberapa keping gambar. Tak lama lepas tu, landing, amik selimut, beratur, keluar dari kapal. Satu benda yang agak kecewa, lupa nk bgaya n amik gambar kat 1st class seat. Hihi. Lega, selamat sampai ke KLIA. Alhamdulillah.

Sikit je. takde mood nk taip. Takde mood jgk nk upload gambar. Hihi. m sorryyy

Labels: