30 September 2007

Awan mendung tidak bermakna akan hujan

Kali ini aku cuba membawa pembaca memahami peribahasa baru (mungkin). Sebenarnya ia tidak pernah wujud sebelum ini (mungkin juga) sebab setahu aku, dalam peribahasa Melayu hanya terdapat 'Kusangka cerah sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari'. Satu maksud yang tidak perlu untuk aku huraikan di sini.

Sebenarnya aku berasa 'luga' bila baca tajuk entri ini kerana ia terlalu biasa bagi ahli bahasa. Tetapi tidak bagi aku! Ia cukup memberi makna dan banyak memberi pengajaran.

Ops, aku hampir terlupa untuk menyatakan bahawa sememangnya mendung di Mesir terlalu sukar untuk menjanjikan hujan selepasnya. Sekarang aku bercakap tentang keadaan mendung di tanah air kita. (Satu perenggan yang akan dipotong jika dibahaskan dalam bengkel penulisan!)

Entri ini sebenarnya ada kaitan dengan cerita 'Pokok disiram air' yang pernah aku tulis dalam sebuah komen kepada 'ismi syifa' satu masa dahulu. Walaupun agak bersahaja, tetapi cukup memberi makna.

Pokok, cukuplah kau menanti hujan yang akan menyiram dirimu itu. Janganlah kau terasa terkilan dengan janji-janji manis awan mendung yang tidak akan berhenti 'melamar' dan menabur janji. Sedangkan kamu sendiri sedar!

Kata pokok, "Tetapi aku perlukan air untuk aku memuaskan hati aku dan membahagiakan orang lain. Setidak-tidaknya, orang akan bahagia bila melihat aku sedang berbuah!"

Tetapi pokok, kamu seakan-akan lupa bahawa awan hitam bukan hanya sekelompok. Jangan ditunggu awan yang bermanis mulut dengan kamu, semata-mata kerana ia di atasmu. Masih banyak lagi yang boleh membantu kamu.

Kata pokok, "Haruskah aku menanti? Dan sampai bila? Pada siapa harus aku bersimpati?"

Ya, kamu harus bersimpati! Jangan disimpan harapan hanya kepadanya. Sedang banyak lagi yang sedia membantu.

Kamu ambil telefon bimbit, dan mesejkan sahaja kenalan kamu yang lain. (Ops, tersilap ending cerita)

Sudah, di sana masih banyak mendung yang ingin mencurahkan hujan kepadamu. Yang sentiasa ingin menjagamu agar dapat berbuah dan membahagiakan orang.

-Entri tamat-

Labels:

Ubuntu Muslim Edition

Entri kali ini aku tidak menulisnya sendiri. Tapi tertarik hati untuk menyebarkan maklumat ni kepada umum. Miji, sorry kalau aku tak sempat nak minta izin dari kau. Aku pun tengah bersekang mata juga sekarang ni.

Kredit untuk Saudara Tarmizi a.k.a Aviator!

Secara ringkas, Ubuntu Muslim Edition, atau pendeknya UbuntuME, ialah sebuah edaran Linux yang dibina berdasarkan Ubuntu dan disesuaikan sebagai sebuah sistem pengendalian bercirikan Muslim. Ia mula dikeluarkan secara rasmi bersempena kedatangan bulan Ramadan yang diberkati ini. Berikut adalah beberapa cekupan skrin:

1- GNU Boot Loader (GRUB)
GNU Boot Loader (GRUB) yang muncul sebaik sahaja komputer dihidupkan—menggunakan latar belakang Masjid Nabawi di Madinah

2- Paparan masuk DGM

3- Persekitaran UBuntu ME

Lebih daripada sekadar rupa

Ubuntu Muslim Edition adalah pelengkap kepada komputer peribadi seorang Muslim. Berikut adalah antara perisian tambahan yang dipasang:

Kalendar Islam

UbuntuME telah disepadukan dengan kalendar Hijrah Islam. Berapa haribulankah hari ini dalam tarikh Islam?

Web Content Control – Kawal akses Internet

Web Content Control ialah sebuah perisian ringkas yang boleh menyekat tapak-tapak web tertentu daripada dibuka. Perisian ini amat sesuai jika anda tidak mahu ahli keluarga anda menggunakan komputer anda untuk melayari tapak-tapak web yang “tidak berpatutan”, sama ada secara sengaja atau tidak.

Zekr – Perisian Quran sumber terbuka

Zekr ialah sebuah perisian al-Quran yang lengkap. Ia memiliki ciri tafsir dan carian.

Minbar – Pengingat waktu solat

Minbar ialah sebuah perisian waktu solat yang boleh menghitung waktu-waktu solat di seluruh dunia. Anda boleh menetapkannya supaya memainkan suara azan di sistem audio komputer apabila masuk waktu solat. (Kalau boleh azan untuk kejutkan sahur pun bagus juga, hehe.)

Dan, yang paling bagus, Ubuntu Muslim Edition boleh dimuat turun secara percuma melalui alamat http://www.ubuntume.com/.

Kredit untuk Aviator

Labels:

29 September 2007

Love Story In Harvard vs Love Story In Cairo!!! Which one is the best?!

Belum ada entri khusus. Akan diumumkan kembali setelah entri ini diupdate

Labels:

28 September 2007

Man Lam Yazuq, La Yadri

"Sesiapa yang tidak merasai sesuatu, sesungguhnya dia tidak akan menyelami hakikatnya." Pepatah arab yang sering aku ungkapkan satu masa dulu. Ustaz Aubaidillah (abang kepada Arif Ebong) yang mengajar subjek 'Mutolaah wan Nusus' telah menggambarkan abstrak makna potongan pepatah itu.

Aku fikir, aku telah memahami dan telah merasainya. Tetapi tidak! Aku belum hadam makna 'wahishtani awi' kecuali setelah aku benar-benar kehilangan. Ya, aku betul-betul kecarian masa ini.

"Lautan api sangguh kurenangi, Gunung tinggi rela kudaki", aku masih belum memahami ungkapan ini boleh wujud dalam dunia cinta. Dan aku terlalu faham kenapa manusia sering ungkapkan, "Makan tak lalu, tidur tak lena"! Aku terlalu memahaminya!

Ya Allah, bantulah hambu-Mu yang terlalu lemah ini. Satukanlah hati kami dengan ikatan yang Engkau redai. Suburkanlah cinta kami dengan cucuran rahmat-Mu. Kekalkanlah kebahagiaan hubungan kami di dunia dan di akhirat. Ameen, ya Rabbal 'Alamin...

Labels:

27 September 2007

Selamat Hari Lahir Adzmi Kusyairi~

Chong Tan Fook a.k.a Adzmi Kusyairi Ibrahim, salah seorang best-friend aku giler-giler satu masa dahulu semasa di peringkat menengah.

Aku masih mengingati tarikh lahir mu. Walaupun aku tidak banyak menghantar sms, tetapi dalam hati, aku sentiasa mengumpat padamu :p

Itu tandanya aku sentiasa mengingatimu...

Selamat ulang tahun ke-23.

Jauhi dadah!!!

Labels:

Aisyah (Cha) & Adam

Pengalaman menjadi 'ayah' sungguh menyeronokkan :) Tapi aku yakin orang yang berstatus macam aku di luar sana ada yang ingin menyanggah. Leceh, memeningkan, membosankan, tidak boleh berkongsi cerita bola sepak, itu kerja perempuan, dan sebagainya. Ya, semua itu betul!

Aku cakap berdasarkan pengalaman beberapa hari menjadi 'ayah'. Si Cha dan si Adam sungguh memenatkan aku. Tetapi merekalah yang mengajar aku betapa kanak-kanak terlalu berbeza dengan kita. Mereka telah mengajar aku merangkak, meminati bunyi loceng bola, meminati Crayon Shin Chan (memang aku minat movie ni), bermain permainan yang bagi aku tak masuk akal! Mereka telah 'menyeksa' aku supaya kurangkan tidur.

Cha, Chocolate Patchi (gelaran aku) merinduimu sama umie mu! Begitu kanak-kanak boleh terpengaruh dengan tindakan dan tingkah-lauk ibu bapa. Cha, kamu membuatkan Uncle senyum bila teringat kita solat Asar berjamaah :)

Juga, kamu membuatkan Uncle benar-benar terharu. Dalam tidak percaya, Uncle terima hadiah cantik daripada kamu. Uncle terlalu menghargainya walaupun dalam tempoh itu sahaja. Cha, kamu jahat Cha :) Kamu mengambil kembali hadiah Uncle :) Walaupun berat, tetapi Uncle terpaksa menyerahkan, untuk menjaga hati kamu adik-beradik :)

Adam, Uncle tidak tahu bagaimana ingin memenangi hati kamu. Uncle tidak pandai berbahasa dengan kamu, tidak pandai mengikut rentak permainan kamu, tidak pandai mendodoi dan 'mengopok' kamu. Tetapi Uncle dah cuba sedaya yang ada.

Ustazah, terima kasih kerana mengizinkan saya merasai apa yang telah ibu bapa lalui satu masa dahulu. Walaupun tidak lama.

Cha, Adam, umie, Uncle merindui kamu semua. Kamu telah terlalu jauh dari Uncle.

Dedikasi untuk Aishah (Cha) dan Adam.

Labels:

Pecah kaca Pecah gelas.. =(


Kisah yang amat menyedihkan hati...

Pada ulangbulan kami yang kedua :(

-269-

p/s: Lain kali aku akan menceritakan dengan lebih terperinci. Atma naif masih dibaluti sedih.

Edited: Cerita ini tidak akan disambung lagi.

Labels:

25 September 2007

Lahirnya Blog Baru

Bismillah...


Mungkin ramai yang mempersoal, kenapa harus diwujudkan laman baru sedangkan yang sudah tersedia masih terabai? Tidak kurang juga yang akan bertanya, adakah sanggup untuk aku memberikan komitmen kepada laman baru ini? Kalau satu sudah tak dapat dijaga, masakan nak jaga dua!

Aku punya jawapan sendiri! Itu kehendak dan jawapan aku. Aku sudah jenuh mengubahsuai dan 'mencantikkan' (kononnya) blog laman aku dahulu. Kali terakhir aku menjenguk dan cuba mengubahsuai laman itu membuatkan aku betul-betul fade-up dan hampir-hampir give-up! Pengalaman yang mengerikan buat aku.

Aku masih ingat soalan Ashfa ku; bila nak wujudkan blog kita? Ini salah satu tujuan aku. (Jangan marah)


Kini aku mula mencelikkan mata bahawa membina laman yang bagus adalah bukan satu perkara yang senang! Aku akan cuba untuk menyahut cabaran itu. Aku cuba!

25 September jam 2.00 pagi, aku telah melahirkan al-Qadiri v3.1 atau dalam istilah lain, versi BETA. Aku akan cuba untuk membangunkan dan meningkatkan mutu berbanding laman sebelum ini.

Beberapa perubahan yang akan kubawa kali ini; type setting and formating dan cuba untuk tidak mencampurkan bahasa. Hantaran ini dikecualikan. :)

Nantikan kemunculan al-Qadiri v4.0!!!