Aku tidak tahu. Itu mukadimah cerita kali ini. Mungkin kata-kata hikmah ini diambil daripada bahasa Arab. Aku tidak tahu. Walaupun sudah lama dan kerap kali aku mendengar ayat tersebut (tajuk di atas) baharu hari ini aku faham apakah maksudnya yang sebenar, kerana
'Man Lam Yazuq, La Yadri..' (tajuk
posting aku yang terdahulu). Siapa yang tidak merasa, nescaya dia tidak akan mengetahui. Ini aku tahu. Hehehe
Mungkin juga maksud sebenar kalam itu kurang tepat dengan apa yang aku rasa. Apa yang pasti, ia berlegar di bawah kelompok yang sama. Aku tidak tahu.
Aku ingin menyeru kepada sesiapa yang pernah atau sedang belajar dalam bidang Al-Qiraat wa Ulumiha supaya lebih cakna dalam hal ini. Sesungguhnya kita memang tidak tahu (atau aku seorang sahaja). Sudah pasti anda semua pernah belajar ilmu 'Rasmul Usmani' ilmu berkaitan penulisan kitab suci Al-Quran. Ya, tentang
hazaf, ziyadah, ibdal, hamzah, al-faslu wal waslu, ma fihi qiraatani fa quria 3ala i7dahuma.
Sekadar untuk berkongsi sedikit maklumat yang ada. Ya, terdapat enam kaedah utama dalam penulisan al-Quran seperti yang disebutkan di atas. Sudah bertahun-tahun aku belajar
madah ini, tetapi aku baru sahaja menemui masalah ini hari ini! Apa yang lebih menarik, aku menemuinya di dalam
muhadharah '
Ikjazul Bayan'! Terlalu panjang untuk mukadimah kali ini. Hihi, maaf.

Doktor Abdul Karim Ibrahim 3iwadh Soleh sengaja mahu berteka-teki dengan kami. Semua maklum bahawa ayat ke-19 Surah Maryam terdapat
khilaf pada bacaan kalimah '
Liahaba'. Sila rujuk gambar. Doktor sengaja ingin membangkitkan 'keceriaan' kelas pagi tadi. "Apakah kaedah yang digunakan untuk menulis kalimah tersebut?"
Pelajar A menjawab, "Penulis zaman Sayidina Usman menggunakan kaedah keenam doktor. Kerana jika ditulis dengan huruf
hamzah, ia boleh juga dibaca dengan huruf
ya. Jika ditulis dengan huruf
ya, ia tidak boleh dibaca dengan huruf
hamzah kerana huruf
hamzah adalah yang asal. Ia seperti kaedah menulis huruf
sod kalimah
Siroto - surah al-Fatihah".
Pelajar B menjawab, "Ditulis dengan huruf
hamzah dalam satu mushaf, dan dengan huruf
ya dalam mushaf yang lain. Ia seperti kaedah menulis kalimah
wawasso biha ibrohim. Ditulis sedemikian dalam beberapa musfah, dan ditulis dengan
wa auso biha ibrohim didalam mushaf yang lain. Kerana meraikan kedua-dua bacaan".
Doktor tersenyum. "Salah!"
Kenapa salah? Ah, masih ada kaedah lain yang aku belum tahu? Ya, aku memang malas baca buku. Hehe.
Don't try this in your life. Haha.
"Kalau ditulis dengan hamzah, ia tidak meraikan qiraat yang satu lagi. Kalau ditulis dengan ya, ia menyalahi penulisan al-Quran. Ulama telah menetapkan bahawa kaedah penulisan kalimah tersebut adalah seperti berikut".

Oh, macam itu kah? Sekadar terlopong.
"Ia memang ada diceritakan di dalam kitab
rasmul mushaf."
Ah, lagi aku terkejut! Rupa-rupanya masih ada kaedah yang aku belum ketahui dan masih banyak cabang dalam ilmu ini. Bermula dengan mengetahui wujudnya kaedah-kaedah penulisan, hingga aku mengetahui bahawa ada dibincangkan perkara sehalus tadi. Ah, aku memang tidak tahu.